Internet Bantu Tajam Fikiran
CHICAGO: Amalan
melayari internet mungkin membantu dewasa pertengahan umur dan golongan lebih
berusia mengekalkan ketajaman pemikiran mereka, kata penyelidik Amerika
Syarikat kelmarin.
Penyelidik
di Universiti California Los Angeles mengkaji mereka yang melakukan
penyelidikan web sambil aktiviti otak mereka direkodkan dengan pengimbas
imejan.
"Mereka
yang berpengalaman dalam internet menggunakan lebih banyak aktiviti otak ketika
melakukan penyelidikan," kata Dr Gary Small, pakar penuaan di UCLA, dalam
temu bual telefon.
"Ia
mencadangkan hanya dengan melakukan pencarian dalam internet mungkin melatih
otak lebih aktif dan sihat," kata Small dalam penyelidikannya diterbitkan
Jurnal Psikiatri Geriatrik Amerika.
Kebanyakan
penyelidikan mendapati mencabar aktiviti mental seperti teka silang kata boleh
membantu memulihara fungsi otak, namun agak sedikit yang melihat peranan
internet. – Reuters
Comments