Musibat & Portal Porno

Hari ini dalam mode OK. Macam kebiasaan, sampai di office, membuat kerja-kerja rutin aku. Sambil-sambil mengetuk papan kekunci laptop, aku dengar saja hiruk pikuk keadaan di office. Ramai yang bercerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Masing-masing ulang balik beberapa dialog yang dilihat cukup berkesan dalam cerita epik tu. 

"Jika pintu empangan sudah dibuka manakan tahan airnya." dan "apa salahnya mengintip di bawah tudung saji"

Aku mendengar tanpa reaksi. Kerja menaip portal harga diteruskan. Sambil menaip, aku sibuk buka mencari entry-entry portal pencarian pekerjaan. Aku tertarik dengan entry 'Job Vacancy CIMB Bank Group'. Aku klik link tersebut. Takde apa-apa membantu untuk aku dapatkan info selanjutnya. 


******

Suara-suara rakan office masih lagi kedengaran. Aku buat macam biasa. Still mencari maklumat lanjut pasal jawatan kosong tadi. Bila aku klik link 'more info', makin menghala ke halaman lain pulak. Makin merepek dia punya isi. Takde kaitan langsung pasal CIMB Bank tadi. Lepas 5 minit mencari, aku give up. Seraya aku berkata,

"Cilake!. Musibat mana yang post entry ni. Kau hengat aku surf portal porno ke??..."

Mode aku jadi TAK OK. Dengan wajah kelat, aku turun pergi minum lepas tu.  

Comments

Popular Posts