Apa Aku Tak Suka Tentang LG Nexus 4.

Selepas menggunakan LG Nexus 4, secara keseluruhannya aku berpuas hati dan berbaloi dengan harga gajet yang aku beli tempoh hari. UI Android Vanilla yang simple & smooth, performance feels snappier (LG Nexus 4 didatangkan dengan RAM 2GB) dan pada aku Android 4.3 Jelly Bean (kena update) merupakan komponen paling penting dalam LG Nexus 4 ni yang buatkan gajet ni sangat2 hebat & cool. Pada aku, video review gajet dah berlambak dekat Youtube. Aku taknak buat review. Aku nak list down kan ape aku tak suka tentang LG Nexus 4 apart from non removeable battery dengan non expandable memory.

Jangka hayat bateri - Pada aku jangka hayat bateri LG Nexus 4 biasa-biasa saja. Kalau kau avid gamer macam aku kau akan rasa sikit frustrated kalau dapat battery life macam Nexus 4 ni. Memandangkan aku sekarang takde laptop (rosak), jadi aku bergantung sepenuhnya kepada handphone untuk surf internet. Bear in mind, penggunaan panjang untuk browse internet & main game guna Nexus 4, hanya bertahan 3-4 jam sahaja.

Google Play Music - UI buruk dan tak mesra pengguna. Seriously aku lagi suka UI Music Player Nokia E72 aku!
Tiada DivX codec - Mostly LG Nexus 4 boleh main video dalam format .mp4. Kalau masuk .avi dengan .wmv dah tak supported. Tapi setiap permasalahan ada jalan penyelesaian dia. Korang kena install third party apps daripada Google Play macam MoboPlayer untuk tengok video tersebut. Simple

Aksesori - Bila kau beli handphone lain daripada lain, kau akan dapati susahnya ya rabbi nak cari aksesori LG Nexus 4 ni. Kau nak cari screen protector dengan casing (perlu kerana back panel dia kaca) memang takde kat kebanyakan kedai. Dalam 5 shopping complex kat JB, aku jumpa SATU sahaja kedai yang jual aksesori LG Nexus 4. Itu pun tak banyak pilihan. Accs Store kat Holiday Plaza.
Youtube - Aku tak tau kenapa app Youtube LG Nexus 4 sangat-sangat slow. Kena buffer selalu. Anyone?

Speaker - One thing pasal LG Nexus 4 yang aku kurang gemar adalah speaker. Speaker dia kecik dan even korang boleh tutup speaker dia dengan guna satu jari. So kalau korang letak handphone atas meja, bunyi dia akan menjadi kurang jelas menjadikan korang kurang alert dengan incoming calls atau incoming text.

Comments

Ex Avantz said…
Semua diatas saya setuju. Tapi masih berbaloi guna hingga ke hari ni (Mac 2014). Dgn kitkat 4.4.2 sgt laju, smooth dan sebaris dgn phone2 baru dlm market.

Popular Posts