Art of Kawtim.


Ditahan anggota pihak berkuasa (Polis/Polis Trafik/JPJ) selepas melakukan kesalahan lalulintas sesuatu perkara yang cukup menjengkelkan. Semua orang pernah mengalami situasi tersebut. Termasuk aku juga. Kesan kepada kesalahan tersebut yang menyebabkan SAMAN dikeluarkan adalah PASTI, TETAPI perkara itu mungkin dapat dielakkan dengan cara ‘kawtim’ dengan anggota pihak berkuasa terbabit. Aku tak galakkan korang memberi rasuah, tetapi ada 2 faktor lain memungkinkan pihak berkuasa tersebut melepaskan anda selain last resort memberi duit tepi, itupun kalau die nak? Meh aku kongsi.

1. Orang Kerajaan (Gomen) - KEBIASAANNYA, pihak berkuasa akan memiliki ‘ihsan’ sedikit dengan orang gomen ni. Yelah, diorang pun gomen jugak. Situasi ‘kawtim’ mungkin akan berkisar kepada tugas masing-masing. Sebagai tambahan, sticker Jabatan/Kementerian juga membantu jika anda berkereta.

2. Tali persaudaraan – ‘Jual’ nama saudara korang yang bekerja di bawah Jabatan/Kementerian sama dengan pihak berkuasa tersebut. Lagi pangkat tinggi atau senior lagi bagus. Confirm diorang kenal dan mungkin mereka ‘tak sampai hati’ nak mengeluarkan saman. 

3. 'Settle tepi’ – Terma ni memang popular untuk rasuah. Aku tak nafikan, memang ramai anggota pihak berkuasa melakukannya. Alasan die, mudah. Sape yang taknak menyucikan ‘dosa’ korang dengan hanya RM50 berbanding RM300 di kaunter pembayaran nanti? Benda ni bergantung kepada level integriti anggota tersebut. Kalau yang jenis tak boleh lebih kurang, memang tak makan. 

Tapi kalau boleh, ‘kawtim’ dulu tips pertama dan kedua. Baru boleh cerita hal settle tepi tu. Kalau integriti anda pulak yang terlebih tinggi, jawab saja dengan nada bongkak, “Saman je bang kalau nak saman”! Pastu bayarlah di kaunter pembayaran berdekatan selepas itu. Ape de hal?

PERHATIAN! Kemahiran memujuk atau 'art of persuasion' secara diplomasi adalah amat kritikal untuk tips ini.

Comments

Popular Posts