Aku Tak Suka #007: MLMers!.

Korang pernah dapat flyers-flyers MLM kan?. Kadang-kadang terselit kat wiper kereta lah, bakul motorsikal lah, kadang-kadang ada kat kaunter informasi, dan sekarang kebanyakan ada terselit dalam sisipan akhbar Harian Metro. LOL!. OK?. Korang tau ke apekejadahnya MLM ni?. Google je. Senang kan? Kita tengok ape maksud MLM or Pyramid Scheme nih. 


"An illegal investment scheme in which investors are promised impossibly high returns on their investments. These are scams in which money from later investors is used to pay earlier investors. The creators of the scheme get most of the profits while those who come later are left with nothing because there are eventually an insufficient number of new investors to pay the existing ones. These scams inevitably collapse because they require exponential growth in the number of participants at each step, which is impossible."


Ok. Aku bagi plak definisi yang dibagi oleh Aidid Muaddib. LOLS!.


"Skim piramid itu adalah suatu model perniagaan yg "non-sustainable" (terjemahannya "tidak berterusan" tapi tak cukup terjemahan lagi tu... perniagaan yg tak telus dan terus, gitu), dan ianya menjanjikan pulangan keuntungan bila mana lebih ramai ahli menyertai perniagaan tersebut sebagai seorang penjual (reseller/affiliate/members/dll) dan bukannya keuntungan itu datang semata-mata daripada penjualan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai. Ciri utama skim piramid adalah adanya penajaan dan pencarian ahli baru, yg mana ahli baru pula jadi penaja kpd ahli baru yg lain dan terdapat duplikasi syarat ini kepada setiap yang join. Jadi, bila ada upline dan downline yg mempunyai syarat penyertaan seperti itu, ahli bzns model tersebut akan meningkat secara ekponensial dan akhirnya akan "crash", bungkus tergolek-dog, bila mana tiada lagi mala'un yg low IQ atau samdol yg tak pass matematik moden tadi dapat dicari untuk jadi downline. Bila tiada downline lagi, maka downline yang terakhir akan mengamuk kerana dia hilang duit (yang dah bagi kat upline)... sedang dia termangu-mangu menunggu durian yang tak runtuh-runtuh. Macam durian keramat gitu... tak mau jatuh."


Aku sebenarnya malas nak cerita pasal kegiatan MLM nih. Aku dah muak dengan cerita-cerita gebang diorang. Unstoppable, Skor A, Monavie, Amway, Questnet, Infinity Downline, ECPI, Bio Aura, Ads4bucks et cetera, korang boleh baca pasal-pasal penipuan tu kat blog Aidid for sure. Semua ada. Kiranya Edisi Siasat MLM la nih. LOL. Dia lebih arif daripada aku benda-benda ni. 

Cuma aku kadang-kadang annoyed gila babas dengan MLMers-MLMers yang menggunakan agama sebagai topeng kegiatan mereka. WTF? Pada aku, aku lagi salute orang yang rompak bank daripada budak-budak MLM yang 'merompak' duit orang-orang Melayu especially 'makcik-makcik Felda' yang tak tahu ape-ape. Sebab ape? Sebab pada aku secara analoginya, perompak bank ni at least they got balls. You get me? Terang-terang amik duit. MLM ni, secara baik dia tarik duit. DAMN!.

Kenapa nak gunakan agama untuk melakukan produk-produk MLM korang? C'mon lah. Pada aku, orang-orang yang ada ilmu agama tinggi ni sepatutnya dihormati dan di sanjungi. Tapi hari ni, aku rasa orang-orang macam ni semakin hari semakin hilang rasa hormat masyarakat kat diorang. Dahla macam-macam cerita buruk pasal golongan-golongan ni, imam rogol budak la, ustaz raba perempuan la, bilal tunjuk kemaluan la, haji tangkap basah la, pak imam simpan 3gp la, di tambah pulak dengan ikon-ikon MLM yang kononya alim. Padahal.....Hmmm...

Even ustaz rock macam Akhil Hayy pun ada Akhil2u.net, macam-macam lagi MLM yang bertopengkan agama macam Wasilahumrah, dan Bakalhaji.com. Pada aku, benda-benda macam ni menjadi barah kat masyarakat kita terutama yang bergelar Melayu. Melayu ni pantang sikit dengar duit banyak. Dengar pendapatan lima angka, terbuntang mata percaya. Dengar boleh jana pendapatan RM5000 dalam masa dua minggu, terbeliak mata dengar dan terus percaya. Ni la Melayu. Malas berusaha. Nak kaya cepat. Woit, mana ada istilah easy money BODOH!. Diorang saja je nak lingkupkan duit korang. Cakap nak ubah gaya hidup, jadi lagi senang,  dan yang peliknya ramai yang percaya. Facepalm

Malas dah nak menaip banyak-banyak. Penat. LOL. Ko khatamkan dulu blog Aidi, dan mana-mana site anti-MLM. Dan korang decide lah sendiri benda ni. Aku pun dulu pernah dengar talk diorang ni. Ayat provoke abes!. Pada aku, TAHI kalau ko hias macam mana pun, benda tu tetap TAHI. Tak payah nak berbual dan kaitkan MLM dengan mana-mana fatwa. 'nuff said.  

Comments

Popular Posts