From Brat to Introvert Fags Transition.

OK. Daripada tajuk dah tau kan aku nak cerita pasal apa? This is my story. Zaman lewat 80-an dan awal 90-an. Bila aku dah berumur 25 tahun 3 bulan ni, kadang-kadang aku terfikir, macam mana seorang budak yang nakal gile babas dulu macam aku jadi seorang lelaki yang lebih pendiam dan pasif macam aku sekarang. Aku sum up myself sebagai introvert. Senang kan?. Pendiam? Or lazy arse technically.

Yes. Honestly aku orang yang pendiam. Walaupun kadang-kadang mulut aku tak berhenti bercakap, kalau korang perasan mulut aku akan bercakap kalau aku bersama dengan orang yang aku selesa sahaja. Kalau macam baru-baru kenal, nak bercakap memang susah. Even kalau aku dah kenal orang lama pun, aku kadang-kadang malas untuk bercakap. Aku lebih kepada memerhati. Pada aku, takde benda penting nak cakap, buat apa cakap? Dalam mulut aku ada EMAS. LOL. Kalau aku pergi satu tempat baru, aku lebih suka untuk memerhati keadaan. I’m adapting through what I observed.

Aku terfikir. Bila semua ni terjadi. Pada aku, start masa sekolah kot. Aku akui, keadaan sekeliling, sosial di sekolah telah mempengaruhi diri aku untuk menjadi seorang yang introvert. Especially kepada perempuan. Aku hanya mendekati perempuan secara serius waktu aku 18 tahun. Believe me. Pasal belajar sekolah lelaki. Dari tingkatan 1 hingga lah 5. 2 tahun masa tingkatan 6 baru ada sekelompok perempuan dalam kelas aku. Itu pun, kebanyakan adalah imigran-imigran dari sekolah lain. LOL!.

Waktu aku kecik-kecik, aku memang layak digelar ‘budak jahat’. I was a brat. Dennis the Menace pernah tengok? Lebih kurang. Itu pun aku dengar-dengar daripada mulut-mulut orang. Especially mak aku lah. Pasal dia lebih kenal aku kan? Kalau aku nak ingat semua, tak boleh. Pasal benda tu dah lama sangat. Memori aku tak kuat. Paling aku tak boleh lupa masa aku terima jahitan kat dagu. Pasal jatuh longkang belakang rumah. LOL. Aku tak pasti umur aku berapa masa tu. Masa tu aku main-main dengan abang aku, naik basikal. Then entah macam mana dia tertolak aku. Aku ‘terjun’ dengan basikal-basikal dalam longkang, bukan labu ye?.

Mak aku pernah cakap, yang aku adalah budak paling banyak masalah compare dengan adik-beradik lain. Masa baby, aku paling meragam. Demam kuning lain, masalah sawan lain. Sampai masuk wad OK?. Memang cabaran nak menjaga budak yang bernama ASHRUL MD SOM ni memang berliku. HAHAHAHA…Aku paling lama menyusu badan mak aku. Sampai berapa tahun, aku tak pasti!. Susah giler nak lepas daripada menyusu badan. Sampai mak aku cakap, mak aku kena letak sirih kat tetek supaya aku tak menyusu. LOL. Ngeri doh tengok!. macam ada darah. HAHAHAHA...budak-budak tau ape?. Disebabkan menyusu dengan tempoh lama, consequences dia, aku dapat gigi jongang!. So, jangan hisap tetek & botol lama-lama. LOL.

Selain itu, kalau dengar nama aku je orang-orang kampung mesti BENCI pada aku. Aku lah yang patahkan pokok-pokok diorang, cabut bunga-bunga, dan macam-macam versi cerita aku dengar. Masa tu mungkin pasal aku campur dengan budak-budak nakal satu kampong aku kot. Ada sorang budak ni aku tak ingat nama dia. Memang bad ass giler. Suka kacau orang, ambik barang orang, buat budak menangis, bergaduh, perkara biasa. Paling tak boleh blah budak ni suka curi duit bapak dia. Bukan sikit. Kadang-kadang RM50-RM100. Then, pergi Esso Kg. Melayu atau pun Pasar Larkin beli barang mainan. Tak pun belanja makan-makan. LMAO!

Ni kes macam cerita Anakku Sazali. Aku campur dengan budak-budak ni. Dah terjebak, perangai pun dah macam setan. HAHAHAHA. “Aku sudah borak sama bapak aku. Kita ada banyak wang. Kita boleh pergi joget!”. Terngiang-ngiang kata-kata Tony Castello yang berlakon jadi Sazali masa kanak-kanak. Tapi kata orang, langit tak selalunya cerah kan? Satu hari tu, budak tu kantoi. Habis mak-bapak budak tu n the geng (termasuk aku) berkumpul kat rumah dia, kena soal siasat semua. LOL. Habis semua kegiatan terbongkar. Mainan-mainan yang disorokkan kat bawah rumah semua kena ‘seized’. Time tu semua dok blame himself. HAHAHA. Jahat giler. Padahal semua pun bersubahat sama. Culprit buat kerja-kerja tu.



Masa tu, abah marah giler dengan aku. Yela, malu la. Anak jahat, mana nak letak muka. Time masa kecik, mana fikir perasaan mak bapak yang malu. Mesti orang mengata tak tahu nak jaga anak. CONFIRM. Balik jer, aku kena tiau cukup-cukup. Yang aku ingat, abah dah naik tangan nak lempang aku. Tapi tak jadi. Tapi daripada kejadian tu, aku memang menyesal giler campur dengan budak-budak tu. Sejak daripada tu, aku dah tak campur budak-budak tu. Lagipun, antara budak-budak tu, aku paling tua. Beza setahun je. Tak rock la campur budak-budak. HAHAHA..

ni masa darjah 2. spot me!

Itu cerita luar sekolah, dalam sekolah lain pulak. Kalau dalam sekolah, masa tu darjah 2. Aku sekolah dekat Kg. Melayu. Aku dengan partners in crime aku, Amat Firdaus suka kacau seorang budak perempuan nama Murni. Muka dia macam India Muslim sikit. Yes, India Muslim keturunan yang agak hairy kan? So aku dan Amat ni selalu ejek dia pasal kaki dia berbulu. Aku tak tahu Murni ni mengalami tekanan hidup tak masa tu pasal aku kacau-kacau dia. LOL. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku kacau budak tu, sampai tahap aku dgn Amat menyelinap bawah meja dan ‘masuk’ bawah kain budak tu pasal keterujaan nak tengok bulu kaki budak Murni tu. LMAO!. Esoknya, mak budak tu datang sekolah. Dang!. Kena ceramah free. Yang aku ingat, mak dia kerja nurse. Aku tak boleh lupa sampai sekarang.



Semua tu berubah aku rasa masa aku pindah sekolah pada darjah 3. Aku pindah sekolah baru bukak, dekat Tmn Suria. Kira aku batch paling awal sekolah tu. Dari situ, sikap aku aku fikir mula berubah, sedikit demi sedikit. Sampai la masuk sekolah menengah dan sampai sekarang. Pada aku, title ‘budak jahat’ tu adalah masa lampau aku. Ya, ada sikit la perangai-perangai dulu, macam loyar buruk aku, pervert-pervert aku, kacau budak, tapi tak macam dulu la. Dulu pada aku lagi terghejal bahasa kasarnya. Aku tetap aku kan, susah nak hilang perangai macam tu. Aku rasa aku menjadi orang lain selepas masuk sekolah baru tu. Terus jadi nerdy, sikat belah tepi,  (Tapi takde cermin mata bingkai besar k?), tak banyak cakap, lebih banyak menyendiri je. Hmmm…pelik kan? Dan yang lagi pelik, aku pun tak tahu kenapa aku kongsi benda ni kat korang. LOL!.

Comments

Popular Posts