Sektor Awam.
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan
disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon
jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang
anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau
lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu. Jumlah elaun ni bergantung kepada kawasan anda berkhidmat.
2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi?
Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah
anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas
disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang
berkhidmat buat negara.
4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan
gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang
anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana
selain di sektor awam.
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan?
Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14
hari iaitu buat pekerja am. Jika anda
berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan
kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
7. Cuti bersalin
=================
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda
perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji
terus jalan!
8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan
anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat
pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua –
duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi.
10. Bersara pada umur 60 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar
sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik
gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda
jadi bos la ni.
12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. Hebat tu! Dan
untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung
pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga
kerajaan.
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke
kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang
di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4
angka juga anda perlu bayar setahun.
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga
berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda
seadanya.
Comments