Spesifikasi Samsung Galaxy Nexus.
Akibat keterujaan gua terhadap peranti ni, gua nak panjangkan
sedikit dengan perincian spesifikasi yang dimiliki oleh Samsung Galaxy Nexus ni.
Di bawah adalah perbandingan spesifikasi Samsung Galaxy Nexus ni dengan
gajet-gajet lain.
Berikut adalah ulasan pada daripada Amanz.my untuk
Samsung Galaxy Nexus nih.
Saiz dan Rekabentuk
Di
atas kertas, Galaxy Nexus membawakan skrin Super AMOLED HD bersaiz 4.65-inci,
yang mana sedikit melengkung untuk memudahkan proses penggunaannya menggunakan
sebelah tangan. Warna yang dipaparkan juga lebih terang lagi, selain saiznya
yang tidak begitu besar dan sedikit nipis, membolehkannya dipegang dan
dikendalikan dengan mudah. Jikalau dilihat secara kasar, Galaxy Nexus serba
sebanyak menyerupai rekabentuk peranti Nexus sebelum ini daripada Samsung,
iaitu Nexus S. Walaubagaimanapun, berbeza dengan sebelum ini, melalui
penggunaan Android 4.0, ia tidak membawakan butang fizikal dibahagian bawah
skrin seperti mana peranti dan telefon pintar Android sebelum ini, sebaliknya
ia menggunakan butang atas skrin, sepertimana pada tablet Android Honeycomb.
Dibahagian
bawah skrin, ia memperlihatkan hanya tiga butang, iaitu butang kembali, utama
dan juga aplikasi yang dibuka. Perkara ini mungkin akan mengatasi masalah
butang yang berbeza-beza pada pelbagai peranti Android pada masa sekarang ini.
Namun
begitu, salah satu perkara yang membuatkan kami tertanya-tanya adalah mengenai
bagaimanakah dengan kemaskini Android 4.0 untuk peranti sedia ada kelak, dan
adakah butang-butang pada peranti sedia ada akan dapat digunakan kelak?
Prestasi
Dengan
cip pemprosesan 1.2Ghz dan juga Android 4.0 yang dioptimasikan untuk Galaxy
Nexus, ia sememangnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk digunakan.
Melalui percubaan kami untuk beberapa minit, peranti Galaxy Nexus ini
beroperasi dengan pantas, tanpa sebarang masalah, dan boleh mengendalikan
sehingga 16 tab laman web berbeza pada sesuatu masa.
Sekuriti
Seperti
semua sedia maklum, Galaxy Nexus didatangkan dengan kamera hadapan
1.3-megapixel, yang mana juga turut sama boleh digunakan dalam menggunakan
fungsi sekuriti terbina pada Android Ice Cream Sandwich, iaitu Face Unlock
selain membuat panggilan video dan merakamkan gambar. Namun begitu, melalui
percubaan rakan kami, Soya Cincau, ia memperlihatkan yang mana perkara ini
boleh diatasi dengan hanya menggunakan gambar statik sahaja.
Walaubagaimanapun,
memandangkan Android 4.0 masih lagi tidak dilepaskan secara rasminya, mungkin
Google akan mengatasi perkara ini ketika pelancarannya.
Selain
daripada itu, sekiranya Face Unlock gagal untuk mengenal-pasti wajah anda, para
pengguna juga boleh menggunakan sokongan sekuriti seterusnya seperti
menggunakan kata laluan, ataupun lukisan paten untuk membukanya.
Kamera
Selain
kamera hadapan, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera belakang 5-megapixel
bersama-sama dengannya dengan kualiti rakaman yang amat tinggi, serta hasilnya
yang amat mengagumkan, berbeza dengan kamera peranti mudah-alih yang lain
dengan spesifikasi serupa.
Dan,
memandangkan Android 4.0 membawakan sokongan merakamkan gambar dengan lebih
pantas lagi, tanpa sebarang waktu menunggu, ia menjadikan penggunaan kamera
lebih menarik dan membolehkan anda merakamkan segala gambar tanpa terlepas
sebarang perkara yang indah.
NFC
Bersama-sama
dengan Galaxy Nexus, ia turut sama membawakan sokongan NFC padanya memudahkan
para pengguna untuk menghantar dan menerima fail, senarai hubungan dan
sebagainya dengan mudah.
Namun
begitu, disebabkan masa yang singkat, dan kami hanya dapat memegang satu
peranti Galaxy Nexus sahaja, kami tidak dapat menguji fungsi ini.
Spesifikasi
Secara
ringkasnya, Galaxy Nexus membawakan skrin bersaiz 4.65-inci dengan Super AMOLED
HD yang membawakan paparan yang amat terang, berbeza dengan peranti-peranti
sedia ada di pasaran pada hari ini. Ia turut didatangkan dalam pilihan
rangkaian LTE, bergantung kepada pasaran, dimana kami percaya Malaysia hanya
akan menerima peranti dengan sokongan HSPA+ sahaja.
Galaxy
Nexus turut sama menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz padanya. Dan
memandangkan Galaxy Nexus merupakan peranti utama untuk Android 4.0, ia
sekaligus memperlihatkan yang mana Google akan menyokong peranti dengan cip
pemprosesan serendah 1.2GHz pada lebih 2 kemaskini utama selepas Ice Cream
Sandwich.
Selain
itu, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera 5-megapixel dengan masa
lag-sifar, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan storan terbina pilihan dengan
antara 16GB atau 32GB.
Sistem Operasi
Galaxy
Nexus menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang mana masih lagi belum
dikeluarkan oleh Google, yang mana membawakan pelbagai perkara baru dan fungsi
baru bersama-sama dengannya.
Kami
akan membuat ulasan dengan lebih mendalam berkenaan dengan Android 4.0 dalam
artikel seterusnya.
Perlukah Anda Membelinya
Mungkin
ramai yang tertanya samada adakah anda perlu menantikan Galaxy Nexus untuk tiba
di Malaysia ataupun membeli peranti lain seperti Droid Razr atau Galaxy Note. Bagi
kami, dua perkara yang mungkin boleh diperkuatkan untuk membelinya adalah
dimana ianya menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dimana kelihatan amat
menarik sekali, dan memberikan nafas baru untuk peranti keluarga Android. (Kami
akan membuat ulasan Android 4.0 dalam masa beberapa hari lagi)
Selain
daripada itu, memandangkan ianya merupakan peranti yang turut disokong oleh
Google, Galaxy Nexus kelak akan disokong untuk jangka waktu yang sedikit lama
berbanding peranti lain, selain mana kemaskini turut sama akan diperkenalkan
padanya terlebih dahulu berbanding peranti Android yang lain.
Comments