Istighfar.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar,
diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu
tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang
lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta
doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula
yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu
ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza.
Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau
membaca ayat di atas.
“Sehingga
aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya
Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan
langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada
kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh:
9-12).
Comments