Perancangan 10 Tahun.


Sedangkan Malaysia pun ada Rancangan Malaysia, gua pun ada rancangan sendiri. Gua punya bukan 5 tahun punya mandat, tapi 10 tahun. Dalam hidup mesti ada matlamat hidup. Bukan kosong-kosong je. Ye dak? Daripada perancangan ni lah kita boleh nampak perkembangan dan pencapaian kita selama ni. Setakat ni, gua takde benda nak dibanggakan. Selain hutang & selulit di keliling pinggang. Ni list rancangan gua. Kalau ade terpikir lain gua update jek. Lepas gua umur 37, gua review balik benda alah ni.

  • Mendapat kerjaya dalam kumpulan Pengurusan/Professional. Bunyi macam gomen kan? Gua ni family man. Enjoy family life. Takut kalau kerja private, gua susah ada kualiti masa dengan keluarga.

  • Semestinya sudah berkeluarga. Takde anak pun takpe. Kalau takde rezeki nak buat macam mana ye dak? Janji happy with wifey, itu sudah anugerah terbesar bagi gua.

  • Aku ada Master's Degree. Ia semata-mata untuk memenuhi cita-cita gua nak jadi lecturer. Nak kerja dalam persekitaran akademik. Juga tidak terlepas dikelilingi student-student cun. Keh Keh Keh. Kerja 15-20 tahun, kumpul pengalaman banyak-banyak, baru apply jadi lecturer. Bidang ape? Psikologi mungkin.

  • Hutang PTPTN dan pinjaman kereta selesai.
  • Kalau ade anak, gua nak pastikan anak-anak gua dapat pendidikan terbaik. Gua nak monitor pelajaran dia. Ambik engineering dan jadi engineer berjaya. Kenapa engineer? Jangan tanya. Itu lelaki. Kalau perempuan jadi cikgu lagi baik.
  • Memiliki aset hartanah atau rumah. Aku target selepas kahwin, duduk rumah sewa 2 tahun paling lama dan memiliki rumah sendiri. So sekarang ni tengah berusaha untuk kumpul duit down payment + S&P. Tak besar, sedang-sedang elok jek. Senang nak buat deco. Asalnye gua berminat untuk duduk di apartment, tetapi memandangkan rumah teres ni nilai dia lagi berbaloi, jadi keputusan nak beli rumah jenis yang macam mana tu kena ubah sikit. 
  • Memiliki perancangan kewangan baik. Dapat buat pelaburan, kurangkan hutang. Untuk kegunaan selepas persaraan dan anak-anak. Gua taknak tinggalkan anak-anak & wife gua takde ape-ape kalau gua mati awal. Jangan sampai nak uruskan jenazah gua pun nak mintak wang khairat JKK surau. Ape celop?

Comments

Popular Posts