Johor Darul Takzim FC.

Semalam aku berkesempatan untuk pergi ke Stadium Larkin untuk menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Takzim FC dan Perak FA. Stadium full-house. Ramai gileeerrr orang. Semua aku syak nak menyaksikan pemain-pemain bintang yang bermain untuk JDTFC yang diinisiatifkan oleh Tunku Mahkota Johor sampai team ni diberi jolokan 'Manchester City Malaysia'. 

Last time aku tengok bola sepak Johor semeriah macam ni adalah zaman2 semi-pro dulu dan zaman team Wan Jamak. Zaman aku budak2 dan pergi stadium pun ramai2 jalan kaki. Real. Kakaka! Semua orang nak tengok Alistair Edwards, Abbas Saad, Ervin Boban dengan Darren Stewart. Paling aku ingat Darren Stewart angkat Piala FA masa 1998. Lepas tu haram dah tak menang dah. Macam celake.

Malam tadi pun merupakan pertembungan untuk Piala FA. Sebelum perlawanan, aku sempat jugak tengok training diorang petang hari sebelumnya. Rata-rata Perak dibarisi pemain muda. Dengan disiplin tinggi Perak yang diterajui pemain tinggi giler, Rafael Novais. Pakcik sebelah aku tak habis2 cakap dia macha. Dia orang Brazil la setan!

Permainan JDTFC macam biasa. Sama aku tengok. First half memang membosankan. Aku banyak maki hamun daripada bersorak. Tak banyak percubaan pun. Semua kecut telor nak buat serangan. Second half macam menarik. Tapi pada aku, masalah JDTFC ni takde serangan daripada tengah yang menyebabkan corak permainan bosan. Kapten dia, Safiq Rahim aka Chopot main macam celake. Takde nye dia nak pecah kepala fikir macam mana nak create serangan. Pemain tengah tak create chances, jadi terkulat2 jugak Dani Guiza dengan Mat Yo nak dapat bola. Kalau Mat Yo dapat bola pun nak gelecek tak lepas.

Sudahnya, gol menerusi set-piece. Corner dari Chopot, boom! Aidil tanduk masuk gol. Ada jugak beberapa peluang JDTFC nak tambah gol. Tapi tak dapat. Apapun, berbaloi jugak beli tiket dan tengok JDTFC menang. Tapi diorang mesti kena tingkatkan permainan. Keserasian aku tengok belum kuat. JDTFC aku agak perlukan playmaker. Nak harap Chopot memang tak lah. Puih! 






Kredit video: Rizal Ahmad

Comments

Popular Posts