Nexus 4

Selepas mengambil masa berminggu-minggu, berpuluh review penuh & hands-on aku baca dan tonton, secara konklusinya aku rasa aku dapat buat keputusan untuk membeli hp baru iaitu LG Nexus 4. Aku memerlukan hp dalam kategori top-tier untuk menggantikan Nokia E-72 yang sudah 3 tahun aku guna, dengan faktor kamera bukanlah penentu hp yang aku minat. Yang aku perlukan hanya rekabentuk premium & performance software yang betul2 power. Nexus 4 adalah jawapannya.

Terdapat beberapa hp top-tier yang menjadi pilihan aku sebelum ini. Antaranya Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy SIII dan iPhone 5. Lumia 920 ni performance dia power. Kamera pureview dia pun power. Tapi dia punya berat & saiz gabak ni memang macam setan. SIII pulak macam mainstream sangat. Semua orang nak pakai. Sampai 10 juta unit terjual dalam masa dua bulan. Performance power. Kamera power. Rekabentuk jek tak power. Celake ape bayar hp nak dekat 2 ribu dapat hp plastik. iPhone pulak macam biasa takde customize OS. iPhone 5 ni pakej lengkap pada aku untuk smartphone. Tapi tu lah. Skrin kecik sangat & membosankan.

Nexus 4 pulak pada aku, ciptaan terindah daripada Google. LOL. Aku hampir nak beli Samsung Galaxy Nexus. Hampir sangat. Tetapi, laptop aku pulak rosak 2x tahun ni dan kereta aku buat hal. Kos semua sekali RM 780 dan aku terpaksa adjust balik bajet untuk mendahulukan perkara lebih penting dulu. Procrastination never exist in my personal balance sheet. Jadi contingency plan. Tak jadi beli hp. :P

Jadi, memandangkan Galaxy Nexus pun dah outdated, jadi aku memilih untuk membeli Nexus 4. Successor kepada Galaxy Nexus keluaran Samsung. Apa menarik tentang Nexus 4? 

Bersaiz 4.7 inci skrin beresolusi 1280x786 WXGA HD IPS beserta Gorilla Glass daripada Corning, Nexus 4 juga diperkasa dengan processor quad-core Qualcomm Snapdragon S4. Jika tahun 2011, hp dual-core baru muncul, sekarang pada aku dah outdated. Hp dengan processor quad-core aku agak akan terus releven setahun dua lagi memandangkan ada ura-ura teknologi octa-core (8 teras) akan dikeluarkan tahun ini bersama-sama Samsung Galaxy SIV dan Note III. Gila! Selain itu, Nexus 4 juga dilengkapi dengan 2gb RAM (cukup besar untuk mengatasi masalah hang ketika multitasking), kamera 8 megapixel (belakang) dan 1.3 megapixel (depan), serta bateri berkapasiti 2100mAh.

Nexus 4 juga memiliki OS Android terkini iaitu Android 4.2 Jelly Bean. Jelly Bean merupakan OS terpantas & paling smooth. Takde masalah lag macam setan seperti versi Android terdahulu. Jelly Bean ni merupakan hasil kepada 'Project Butter', sebuah projek khas team Google untuk mengatasi masalah utama Android iaitu LAG atau dalam bahasa Melayu, LEMBAP.  

Paling menarik, seperti keluarga Nexus lain, Nexus 4 juga menggunakan OS Android yang betul-betul pure dari Google iaitu Vanilla Android. Jika korang perhatikan, Samsung & HTC juga menggunakan OS Android tetapi Android mereka sudah dicustomizekan. Samsung dengan TouchWiz manakala HTC dengan HTC Sense

Rekabentuk Nexus 4 pada aku adalah premium jika nak dibandingkan dengan hp Nexus terdahulu. Namun, hampir keseluruhan hp ini diperbuat daripada kaca. Jadi kebarangkalian hp ni retak jika terjatuh sangatlah tinggi. Nampaknya LG tidak belajar daripada 'kesilapan' Apple yang memperkenalkan hp diperbuat daripada kaca iaitu iPhone 4. Sebab tu iPhone 5 sekarang diorang guna aluminium.

Selain itu, Nexus 4 juga menerima kritikan kerana ketiadaan teknologi LTE. Pada aku, dengan LTE pun baru nak menapak dekat Malaysia ni, jadi tak gunanya kalau ada teknologi tu pada hp tapi takleh pakai. Ye dak? Kurang praktikal. Sebaliknya bagi pengguna di negara maju seperti USA. Kekurangan lain adalah finger prints korang akan banyak pada cover belakang selain speaker sedikit kurang lantang. Satu lagi, Nexus 4 adalah hp dengan ciri-ciri non-removable battery  dan tiada sokongan slot kad microSD.

Setakat ini, hanya pengeluar telekomunikasi Digi yang menjual Nexus 4 dengan RRP RM 1649. Korang juga boleh mendapatkan Nexus 4 dengan harga RM 1499 jika melanggan pakej data plan daripada diorang. Memandangkan terlalu baru Nexus 4 dilancarkan, jadi aku hanya perlu menunggu sedikit masa untuk set AP akan dikeluarkan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Nexus 4, korang boleh melihat review power daripada Joshua Topolsky (Jambang dia power). Atau review paling semangat daripada Chris Pirillo. LOL!

Untuk ulasan versi Malaysia, anda boleh menonton review daripada Amanz.my dan Lowyat.netCheers!

Comments

Popular Posts