Skim Sara 1Malaysia.

Bile gua bercakap mengenai Skim Sara 1Malaysia, ramai yang #butthurt pasal gua mempertikaikan hukum asas pelaburan yang dilancarkan pada 12 Januari 2012 lepas. Pelaburan ni menjanjikan pulangan tetap rm134 sebulan untuk tempoh 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun tu jugak, pelabur bakal menerima pulangan dividen sejumlah rm13,000 hasil daripada pinjaman berjumlah rm5000.

Yang pastinya, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan berkenaan skim tersebut:-
  • Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
  • Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
  • Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu. (Sumber: Farid Adam)

Jangan kata gua ni tak bersyukur dengan insentif pemberian kerajaan nasional berhati mulia pimpinan Datuk Seri Najib 1Malaysia. Gua cuma nak lu orang berfikiran terbuka sedikit. Bincangkan benda ni.  

Comments

Popular Posts