Jerman 1-2 Italy.

Berakhir sudah harapan Die Mannschaft dalam edisi EURO 2012 kali ini selepas dikalahkan Italy 2-1 semalam. Sememangnya pada gua pasokan Italy layak ke final kerana Italy lebih bagus daripada Jerman semalam. Orang kata, Jerman ni ada badi tak pernah menang dengan Italy sebelum ni dalam kejohanan besar. Gua bukan orang yang percaya pada hal badi ni. Kalau lu orang tengok prestasi semasa, Jerman pasokan lebih baik pada peringkat kumpulan.

Kekalahan Jerman berpunca daripada mereka sendiri. Kesemua pertahanan beraksi cukup teruk, dan barisan penyerang kurang efisien terhadap peluang untuk mendapatkan gol. Taktikal pengurus Joachim Low juga menjadi persoalan, menyebabkan bahagian tengah padang dikuasai oleh pemain-pemain Italy. Dan hero Italy tentunya Mario Ballotelli, dengan 2 gol peribadi. Jaringan Phillip Lahm bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit jaringan, tapi ianya terlalu lambat. 
"I don't celebrate when I score a goal because I'm doing my job. When a postman delivers a letter, does he celebrate?"- Mario Balotelli
Orang kata "Kalau nak berjaya kena dapat restu emak". Nakal-nakal Balo, die selalu dapat restu mak angkat die.  Gua agak, pasokan Jerman kena tekankan sikit aspek-aspek kerohanian macam ni dalam kejohanan akan datang. 

Comments

Popular Posts