Movie Torrent for Dummies

Sebenarnya gua dah lama meninggalkan aktiviti torrent sejak zaman belajar ni. Baru-baru ni jer mula aktif. Memandangkan gua peminat tegar movie Hollywood, maka antara bahan utama gua download melalui torrent ni adalah movie. Oleh sebab tu, gua bagi sikit tips dan cara untuk korang cari movie yang baik untuk di download.

1. Pertama sekali anda perlu install software untuk mendownload file torrent ni. Antaranya ialah BitTorrent, µTorrent, Vuze dan BitComet.

2. Cari file torrent tak susah mana. Laman-laman web seperti BTJunkie, Suprnova, Mininova menyediakan file-file torrent untuk di download. Web Jiwang pulak untuk download filem Melayu. Tapi laman web faveret gua adalah Piratebay.se


3. Download cara torrent ni biasanya menggunakan kadar bandwidth yang tinggi. Jadi untuk lebih pragmatik, tak payah la surf internet masa download. Internet akan lembap. Bergantung kepada bandwidth allocation percentage movie yang lu orang download.

4. Bagaimana nak tahu filem tu power ke tak kualiti die senang jer. Biasanya, nama-nama movie hadir dengan format ripping tu sekali. Contoh:-


The Silence of the Lambs (1991) DVDRip Xvid-Max

The Silence of the Lambs = Tajuk filem
(1991) = Tarikh release filem tu
DVDRip = Format Rip filem tu
Xvid = Codec yang digunakan
Max = nama tukang upload file tu. Macam-macam profile. aXXo antara yang famous.

5. Pada gua, format DVDRip dan BRrip (Blue-Ray) antara paling power kualiti die. Format R5 ni paling bangsat kalau lu orang tak boleh tunggu sampai DVDRip keluar. Kalau jenis CAMRip, Telesync, VODRip ni gua tak recommend nak download. Die punye kualiti macam setan. Macam lu beli DVD jugak, sape tak menyirap kalau beli DVD gambar wayang kan? Boleh nampak bayang orang nak keluar pergi toilet atau suara gelak-gelak. Kepala bana die.

6. Nak double confirm dengan kualiti torrent, ambik masa sikit baca komen-komen file torrent tu. Kalau komen maki-maki yang diorang tulis, paham-paham jelar kualiti torrent tu.

7. Kena consider jugak jumlah seeder dan leeches. Cari ratio seeder lebih banyak daripada leeches untuk cepat habes download tu. Seeder ni orang yang ada complete file torrent tu, manakala leeches orang yang tengah sedut file torrent tu. Nak study lebih banyak term-term dalam BitTorrent bleh tengok die punyer glosari.

8. Kalau nak tengok review movieyang lu orang download, bleh rujuk laman web IMDB, rottentomatoes dan metacritic.

9. Bagi melengkapkan movie yang lu orang download, biasanye gua akan download subtitle sekali. Subtitle boleh didapati dalam laman web macam subscene, opensubtitles, moviesubtitles, allsubs etc. 

10. PASTIKAN lu orang search dan download subtitle sama dengan nama file torrent movie tadi. Baru subtitle tu visible dekat player korang. Kalau lu orang guna Windows Media Player, kena download dan install software VobSub. Lagi senang, tengok movie guna VLC player yang power. Tak payah nak install additional software.

11. Kalau subtitle tak sync dengan movie, cari subtitle lain. Subtitle yang baik adalah sync dengan movie dan takde typo. Sync maksud aku subtitle tu synchronize/selari dengan ape yang dicakap dengan pelakon tu. Paham? 

12. Dah settle download movie dan subtitle, boleh lebarkan punggung kamu di atas kerusi untuk layan movie. Yeah!

p/s: Walaupun p2p file sharing ni legal, tapi kebanyakan file torrent ni ada hak cipta. So, download torrent ni kire macam lu beli DVD pirate jugak. Salah. Sebab tu banyak laman web macam ni kena shut down oleh pihak kerajaan US. Beli yang Ori untuk menaikkan industri filem tempatan dan antarabangsa okeh? Kah Kah Kah Kah

Comments

Popular Posts