3 Dalil Kenapa Gua Perlu Perancangan Kewangan.

Perancangan kewangan sesuatu yang amat penting bagi gua. Untuk itu, gua gemar untuk mencari bahan-bahan bacaan tentang perancangan kewangan. Buku, internet, majalah, blog serta apa jua bahan bacaan mengandungi tips kewangan akan gua baca. Ada 3 faktor utama yang menjadikan gua bermotivasi untuk mendalami ilmu-ilmu perancangan kewangan ni:

Gua tak bergaji besar.
Gua bukan berjawatan eksekutif mahupun seorang pegawai. Gua hanyalah underpaid dirty worker. Sad but true. Walaupun gua punya aliran kewangan positif setiap bulan, bodohlah kiranya gua untuk tidak menjaga kedudukan kewangan gua dengan perbelanjaan secara impulsive setiap bulan. Kata orang, masa ‘susah’lah kita belajar untuk beringat. Nanti dah ada rezeki lebih esok hari, gua sudah tau apa yang hendak dilakukan.

Gua belum kahwin.
Gua bukan muda. Sudah 27 tahun. Dah boleh jadi bapak orang. Jadi sasaran untuk mengumpul sejumlah RM25,000 untuk bajet perkahwinan, perlu gua sediakan secara TUNAI. Jumlah itu gua rasa cukup untuk perbelanjaan sederhana perkahwinan di Malaysia. Untuk itu, ilmu perancangan kewangan yang betul perlu gua praktikkan bagi merealisasikan sasaran tersebut. Personal loan? Oh, gua tak perlukan itu untuk tujuan ini.

Gua takde aset.
Aset yang gua maksudkan adalah sebuah rumah. Perkara ni mungkin akan gua fikirkan secara lebih terperinci selepas kahwin. Memiliki aset sebegini bukan mudah. Jadi, beberapa persedian perlu dilakukan lebih awal. Perlukan perbelanjaan besar untuk membayar wang pendahuluan dan dokumentasi S&P. Cukuplah setahun dua menyewa. Takkan selamanya nak kayakan tuan rumah, ye dak?

Comments

Popular Posts