Murni.


Gua pasti, semua orang punya pengalaman menarik ketika belajar di sekolah rendah. Pengalaman manis mahupun pahit. Bohong kalau lu orang tak ingat sedikit pun pengalaman tu dulu. Bagi gua, pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman ketika darjah 1 Biru. Gua bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari di Kg. Melayu. Tahun kejadian adalah pada 1992. 20 tahun lampau.

Gua nak story sikit pasal seorang budak perempuan bernama Murni. Murni binti ape gua sumpah tak ingat. Gua dan partner in crime gua, Ahmad Firdaus Siregar adalah antara banyak-banyak budak nakal di sekolah tersebut. Gua banyak tak ingat nama-nama budak-budak ni. Yang gua ingat Fauzi (Poji), Yazid, Najib, Hairul Anual dan Daud (mamat ni pinjam tape konsol Nintendo gua tak nak pulang, majibai!). 

Nak dijadikan cerita, gua dan Firdaus ni suka menyakat Murni. Nama betul Firdaus ni sampai sekarang gua ingat. Pasal nama ‘Siregar’ ni gua jumpa ada 2 je individu pakai nama ni dalam Malaysia. Satu mamat ni, dengan satu lagi pelakon Ahmad Tarmimi Siregar. Ada satu lagi, Tuan Saddiq Sigaraga dalam cerita Tiga Abdul, tapi bunyi die tak sama. Kakaka! Ok, tak kelakar.

Firdaus ni punya nakal sampai tangan dia kena jahit pasal jatuh ketika berlari di koridor kelas. Masa die jatuh, tangan die tersangkut dekat engsel pintu kelas yang bahagian bawah tu. 

Satu hari, gua dan Firdaus ni membuat dajal dekat si Murni ni. Ada dua faktor kenapa Murni ni menjadi mangsa keadaan kerana ‘keistimewaannya’:
  • Murni pakai pinafore.
  • Kaki Murni berbulu.
Apa yang kitorang buat? Memandangkan Murni duduk berdepan dengan kitorang (satu kumpulan kecil duduk mengadap), maka gua dan Firdaus masuk bawah meja untuk menyakat si Murni ni. Serius kaki die memang ada banyak bulu dan gua tak ingat apa yang kitorang buat ketika berada di bawah meja tu. Yang gua ingat, Murni nangis-nangis masa tu.

Sehari selepas kejadian mak kepada si Murni ni datang sekolah pasal anak dia mengadu kena kacau dengan kitorang. Gua rasa, cukup mak si Murni yang kerja sebagai jururawat tu ‘basuh’ kitorang masa tu. Waktu tu, cikgu kelas Puan Aisyah pun ada sama. Budak-budak, nak malu apa. Tunduk dengar je lah. Esoknya, kacau lagi tapi takde la sampai nak masuk kain macam kejadian tu. Kakaka! 

Bila dah besar ni, baru gua baru dapat jawapan kenapa kaki si Murni ni berbulu. Pasal Murni ni ada keturunan India. India Muslim atau parents die kahwin campur maybe. Pasal mak die macam India, tapi nama Islam. India dan bulu banyak memang benda common kan? Ok, no offense. 

Murni buat apa, dekat mana, kerja apa gua memang tak tahu. Yang pasti, Murni dah takde dekat sekolah tu masa darjah 2. Pindah mungkin. Trauma mungkin. Member gua, Firdaus baru je kahwin. Beberapa bulan lepas. Dengan kawan sekolah rendah juga. Congrats bro! Gua harap Murni dapat maafkan perlakuan gua ini dunia akhirat. It's horrible thing dude! LOL! You know me, deep inside of me, I'm utterly kind-hearted lad. Ahaks.
Ahmad Firdaus berdiri di barisan belakang, nombor 4 dari kiri. Yang botak tu. Memang macam pelesit budaknye macam gua jugak. LOL! Oh, cer cari gua kalau lu orang power! (Gambar kelas 2 Mawar)

Comments

Popular Posts