Dropped Out.


Aku kadang-kadang menyampah kalau mendengar orang memberikan alasan “alah, Mark Zuckerberg & Bill Gates dulu dropped out jugak. Boleh jer berjaya”. Malam tadi aku tengok drama Melayu Ady Valentino di TV3. Ada satu babak Amyza Aznan ada menyebut “Bill Gates TAKDE PELAJARAN pun boleh berjaya”. Pada aku orang yang buat skrip sebegitu memang BANGANG!

Biasanya Meleis paling banyak membandingkan situasi mereka sama seperti dua figura hebat ni. Mark Zuckerberg merupakan pengasas laman social Facebook dan Bill Gates pula pengasas konglomerat IT Microsoft. Aku puji dengan pengetahuan Meleis sekarang yang mereka berdua adalah tokoh BERJAYA dan telah dropped out (tak graduated) daripada universiti. 

Tetapi pada aku ada fakta lain yang aku rasa Meleis ni bangang taknak ambil tau tentang hal selain hal dropped out tu. Contohnya:-

1) Zuckerberg & Bill Gates merupakan dropped out dari HARVARD University. Aku ulang semula. HARVARD. Mengikut rangking terkini QS World University Rankings 2012, Harvard pada kedudukan ke-3 terbaik dunia. Universiti Malaysia paling terbaik adalah Universiti Malaya pada kedudukan ke-156 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada kedudukan ke-261. 

2) Sudah 2 tahun berturut-turut pelajar Malaysia gagal untuk menempatkan diri Universiti Harvard menurut sumber themalaysianinsider. Bukan kata nak dapat surat tawaran, nak shortlisted untuk temuduga pun pelajar Malaysia sebenarnya tak berkelayakan. Bayangkan best student in Malaysia pun tak layak. Itu pun ada Menteri bangang yang cakap sistem pendidikan Malaysia sebenarnya lebih baik berbanding beberapa negara maju

Jadi pada aku, orang yang menggunakan alasan dropped out ni sebenarnya berada dalam keadaan delusi atau in denial dengan kebangangan sendiri and am annoyed with all this BS. Sebenarnya nak ikutkan, ramai lagi billionaire yang dropped out kemudian berjaya. Tetapi adakah mereka sama dengan kita? Hell friggin' NO.

p/s: Saying 'I don't know' is half of knowledge - Imam Malik Ibn Anas

Comments

Popular Posts