#HarimauMalaya Mara.
Belum terlambat sekiranya untuk aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad #HarimauMalaya kerana menumpaskan Indonesia 2-0. Sekaligus menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki bertemu Thailand.
Selepas memulakan kempen mempertahankan kejuaraan pada 2010 dengan kekalahan 0-3 kepada Singapura, #HarimauMalaya bangkit untuk menang ke atas Laos 4-1 dan semalam, kemuncak kepada pusingan awal dengan kemenangan bergaya ke atas musuh tradisi Indonesia.
Pujian aku harus beri kepada Man of the Match, Mahali Jasuli kerana assistnya membawa kepada gol pembukaan jaringan Azammudin Akil pada minit ke-27 sebelum Mahali sendiri menyumbat gol ke-2 pada minit ke-30.
Pada aku, faktor penting kemenangan #HarimauMalaya adalah mereka bekerja sebagai satu unit. Dengan bahagian pertahanan diterajui Aidil Zafuan Abd Razak, Fadhli Shas, Zubir Azmi dan Mahali cukup kental & berdisiplin untuk menyerap asakan Indonesia.
Tapi sedikit menggusarkan aku adalah prestasi semasa Safee Sali yang agak kurang menjadi semalam. Banyak mensesia-siakan peluang ketika bertemu Laos tempoh hari, Safee kurang menyengat malam semalam tetapi kredit perlu diberi kepada Safee atas work rate yang dipamerkan.
Jentera #HarimauMalaya juga pada aku banyak dijana oleh produk Harimau Muda, dengan kombinasi mantap Wan Zack Haikal & Mahali disebelah kanan cukup berbisa. Kombinasi mereka banyak membantu lebih-lebih lagi dengan kecederaan S. Kunanlan yang berbahaya di sebelah kiri.
Babak kedua menyaksikan tindakan tepat Datuk K. Rajagobal untuk membawa masuk Gary Steven Robbat & Amar Rohidan untuk merendahkan tempo permainan Indonesia. Hasilnya, Indonesia gagal untuk bangkit.
Aku masih ingat lagi ungkapan Rajagobal lepas #HarimauMalaya tewas 0-3 kepada Singapura. "I know my boys". Dan aku rasa, Rajagobal sememangnya 'kenal' dengan kemampuan anak buahnya mampu bangkit untuk mencipta kemenangan.
Rajagobal pernah melatih Harimau Muda A (2007-2009) dan Malaysia U-23 (2009-2011). Jadi tak hairan Rajagobal dah kenal sangat dengan pemainnya. Kapten pasukan, Safiq Rahim, Aidil, Farizal Marlias & Norshahrul Idlan Talaha merupakan antara pemain Rajagobal ketika Piala Belia Asia 2004.
Safiq, Safee, Norshahrul, Khyril Muhaimeen, Kunanlan, Amar, Khairul Fahmi & Fadhli juga merupakan antara nama dalam skuad Rajagopal dalam edisi lepas pada 2010.
Sebahagian besar pemain dalam skuad sekarang juga tersenarai ketika Malaysia U-23 menang pingat emas sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.
Hakikatnya, Rajagopal bakal mengerah segala pengalamannya untuk memastikan kemenangan #HarimauMalaya ke atas Thailand pada 9 & 13 Disember ini untuk mara ke final.
Ujian sebenar semestinya hadir ketika bertemu Thailand yang mengutip 9 mata dalam saingan kumpulan A. Kerana pada aku, kemampuan Indonesia pada edisi kali ini diragukan atas faktor krisis dalaman liga yang melanda skuad Garuda.
Semoga #HarimauMalaya berjaya!
Comments