Twitter.

Lately aku sangat jarang untuk ber'Facebook'. Pada aku, Facebook sudah sampai ke zaman kemuncaknya. Tiada rasa ketagihan seperti 3-4 tahun lepas. Facebook aku tengok tak lebih daripada platform untuk marketing produk online. Masing-masing hebat untuk mempromosi perniagaan online mereka. Aku tak kisah. Asalkan diorang tak tag aku. Aku tak gemar TL aku semak. Facebook mungkin akan jadi macam Friendster. Mungkin. Aku ber'facebook' jika perlu sahaja. Atau untuk lihat topik-topik menarik di group.

Jadi pilihan aku adalah Twitter. Twitter lebih liberal. Lebih terbuka. Lebih cepat untuk mendapat kemaskini. Untuk mengetahui perkembangan politik, simply follow analyst-analyst politik di Twitter malah aku boleh follow ahli politik sendiri. (Walaupun tak semua update sendiri). Nak tahu perkembangan sukan, follow sahaja wartawan sukan. Dalam dan luar negara. Aku boleh berkomunikasi dengan lebih ramai orang. Di Twitter, tidak kekok untuk berkomunikasi dengan orang yang tak dikenali. Jadi peluang untuk bertemu rakan baru sangat-sangat luas. Bertepatan dengan sifat sapioseksual aku, jadi aku ramai follow beberapa-berapa figura yang aku anggap 'evil genius'. Mereka pada aku cukup hebat dengan kata-kata. Fakta dan idea. Itu yang aku mahu. Artis? Nah. Takde untung follow artis. 

Jadi untuk itu, aku akan kongsikan pandangan-pandangan diorang dalam label 'Words of Wisdom. Chill y'all!

Comments

Popular Posts