Kualiti.


Gua jenis yang mementingkan kualiti sesuatu benda. It’s a MUST. Gua paling marah kalau orang upload lagu yang bunyi macam gampang di 4shared. Buang karan gua jek download pasal gua tak berapa suka tunggu dengar dulu baru download

Paling mudah, kena tengok berapa saiz fail tu. Biasanya kalau lagu bawah saiz 3mb memang bunyi macam dalam laut. Der, kalau lu upload lagu berkualiti kan senang, sedap je gegendang gua dengar lagu tu. Gua peratikan, bebudak Meleis ni kalau upload lagu, yang record dari radio pun ade. Bangang! Jenis lagu separuh, ada iklan radio, itu gua malas nak cerita. Tu pasal kena dengar betul-betul kalau nak download lagu, especially lagu baru. Macam movie baru jugak, awal-awal mesti keluar version record dalam wayang. Tak de feel langsung!

Oleh sebab itu video/audio definisi tinggi serta gambar pegun resolusi tinggi sering menjadi pilihan gua. Errr… gambar pegun resolusi tinggi Sazzy Falak pun gua suka jugak. Hot MILF. I loike!

Comments

Popular Posts