Kahwin.

Menjelang percutian sekolah ni, ramai kawan-kawan gua yang mengakhiri zaman bujang diorang. Tahniah! Biasalah, kalau pergi majlis orang kahwin, wajib ada soalan-soalan yang bertanya bila gua nak kahwin kan? Itu normal. Perempuan lagi stress kalau kena tanya. Ye dak?

Tapi pada gua, persoalan kahwin ni benda yang gua rasa sungguh subjektif. Masalah-masalah rumahtangga yang berlaku kepada kawan-kawan gua menjadikan teladan yang baik untuk gua berfikir dengan teliti tentang menuju alam perkahwinan. Kerana gua bukanlah orang yang gamble, hati kering dan main redah jek. Kepala bana ape gua nak redah meminang anak dara orang kalau asas kukuh pun takde?

Ape neraka asas yang kukuh tu? Kerjaya. Karier kata orang putih. Pada gua kalau tak de karier, agak susah jugaklah. Gua tak cakap mustahil, tapi susah. Bergantung jugak kat pasangan korang. Orang die macam mana. Boleh lebih kurang tak? Itu pasal gua cakap benda ni subjektif. Tanggungjawab suami adalah nafkah zahir dan batin. Batin tak nak cerita, zahir ni merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yes! Food, shelter and clothes you junk! Gua sendiri pun tak lepas, nak jaga anak orang pulak? Persoalannya, suami yang baikkah gua kalau benda-benda tu gua gagal untuk melaksanakannya dengan sempurna? Sempurna pada kata hakikinya, bukan sekadar cukup syarat. 


Pasal gua dah banyak kali baca kegagalan rumahtangga berpunca daripada masalah duit. Yes, money is the root of evil. Laki tendang perut bini pasal bising laki tak beli lampin. Laki back-hand bini pasal laki duduk rumah goyang kaki malas kerja. Laki rembat duit bini pasal nak main judi. Yang buruk semua laki ye? Masalah utama die, duit kan secara spesifik. Atau karier dalam konteks lebih besar. 


Bila lu orang dah ade kerjaya yang kukuh, pada gua bebanan untuk memikirkan ansuran bulanan hutang-puitang korang menjadi lebih kurang sedikit. Tak kesahlah ansuran bulanan kereta ke, rumah ke, pinjaman peribadi ke, peti sejuk 6 pintu ke, semuanya. Pasal tiap-tiap bulan confirm gaji masuk, dan boleh bayar hutang. Happy days! Seperkara lagi adalah macam mana nak mengurus benda tu sahaja supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Mudah bukan teori gua?

Jadi soalan-soalan bila nak kahwin tu gua boleh bakul sampahkan buat masa sekarang pasal soalan tu belum lagi releven lagi pada gua sekarang ni. Mungkin setahun dua lagi. Mungkin. Yang kahwin gua. Yang tanggung gua. Lu ado? Sape tanya benda ni lagi, bak kata Pipiyapong, gua senyum nipis je kat muka lu orang. Kah! Kah! Kah! Kah!

Comments

Popular Posts