Spesifikasi Samsung Galaxy Nexus.

Akibat keterujaan gua terhadap peranti ni, gua nak panjangkan sedikit dengan perincian spesifikasi yang dimiliki oleh Samsung Galaxy Nexus ni. Di bawah adalah perbandingan spesifikasi Samsung Galaxy Nexus ni dengan gajet-gajet lain. 
Berikut adalah ulasan pada daripada Amanz.my untuk Samsung Galaxy Nexus nih.

Saiz dan Rekabentuk

Di atas kertas, Galaxy Nexus membawakan skrin Super AMOLED HD bersaiz 4.65-inci, yang mana sedikit melengkung untuk memudahkan proses penggunaannya menggunakan sebelah tangan. Warna yang dipaparkan juga lebih terang lagi, selain saiznya yang tidak begitu besar dan sedikit nipis, membolehkannya dipegang dan dikendalikan dengan mudah. Jikalau dilihat secara kasar, Galaxy Nexus serba sebanyak menyerupai rekabentuk peranti Nexus sebelum ini daripada Samsung, iaitu Nexus S. Walaubagaimanapun, berbeza dengan sebelum ini, melalui penggunaan Android 4.0, ia tidak membawakan butang fizikal dibahagian bawah skrin seperti mana peranti dan telefon pintar Android sebelum ini, sebaliknya ia menggunakan butang atas skrin, sepertimana pada tablet Android Honeycomb.

Dibahagian bawah skrin, ia memperlihatkan hanya tiga butang, iaitu butang kembali, utama dan juga aplikasi yang dibuka. Perkara ini mungkin akan mengatasi masalah butang yang berbeza-beza pada pelbagai peranti Android pada masa sekarang ini.

Namun begitu, salah satu perkara yang membuatkan kami tertanya-tanya adalah mengenai bagaimanakah dengan kemaskini Android 4.0 untuk peranti sedia ada kelak, dan adakah butang-butang pada peranti sedia ada akan dapat digunakan kelak?

Prestasi

Dengan cip pemprosesan 1.2Ghz dan juga Android 4.0 yang dioptimasikan untuk Galaxy Nexus, ia sememangnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk digunakan. Melalui percubaan kami untuk beberapa minit, peranti Galaxy Nexus ini beroperasi dengan pantas, tanpa sebarang masalah, dan boleh mengendalikan sehingga 16 tab laman web berbeza pada sesuatu masa.

Sekuriti

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Nexus didatangkan dengan kamera hadapan 1.3-megapixel, yang mana juga turut sama boleh digunakan dalam menggunakan fungsi sekuriti terbina pada Android Ice Cream Sandwich, iaitu Face Unlock selain membuat panggilan video dan merakamkan gambar. Namun begitu, melalui percubaan rakan kami, Soya Cincau, ia memperlihatkan yang mana perkara ini boleh diatasi dengan hanya menggunakan gambar statik sahaja.

Walaubagaimanapun, memandangkan Android 4.0 masih lagi tidak dilepaskan secara rasminya, mungkin Google akan mengatasi perkara ini ketika pelancarannya.

Selain daripada itu, sekiranya Face Unlock gagal untuk mengenal-pasti wajah anda, para pengguna juga boleh menggunakan sokongan sekuriti seterusnya seperti menggunakan kata laluan, ataupun lukisan paten untuk membukanya.

Kamera

Selain kamera hadapan, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera belakang 5-megapixel bersama-sama dengannya dengan kualiti rakaman yang amat tinggi, serta hasilnya yang amat mengagumkan, berbeza dengan kamera peranti mudah-alih yang lain dengan spesifikasi serupa.

Dan, memandangkan Android 4.0 membawakan sokongan merakamkan gambar dengan lebih pantas lagi, tanpa sebarang waktu menunggu, ia menjadikan penggunaan kamera lebih menarik dan membolehkan anda merakamkan segala gambar tanpa terlepas sebarang perkara yang indah.

NFC

Bersama-sama dengan Galaxy Nexus, ia turut sama membawakan sokongan NFC padanya memudahkan para pengguna untuk menghantar dan menerima fail, senarai hubungan dan sebagainya dengan mudah.

Namun begitu, disebabkan masa yang singkat, dan kami hanya dapat memegang satu peranti Galaxy Nexus sahaja, kami tidak dapat menguji fungsi ini.

Spesifikasi

Secara ringkasnya, Galaxy Nexus membawakan skrin bersaiz 4.65-inci dengan Super AMOLED HD yang membawakan paparan yang amat terang, berbeza dengan peranti-peranti sedia ada di pasaran pada hari ini. Ia turut didatangkan dalam pilihan rangkaian LTE, bergantung kepada pasaran, dimana kami percaya Malaysia hanya akan menerima peranti dengan sokongan HSPA+ sahaja.

Galaxy Nexus turut sama menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz padanya. Dan memandangkan Galaxy Nexus merupakan peranti utama untuk Android 4.0, ia sekaligus memperlihatkan yang mana Google akan menyokong peranti dengan cip pemprosesan serendah 1.2GHz pada lebih 2 kemaskini utama selepas Ice Cream Sandwich.

Selain itu, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera 5-megapixel dengan masa lag-sifar, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan storan terbina pilihan dengan antara 16GB atau 32GB.

Sistem Operasi

Galaxy Nexus menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang mana masih lagi belum dikeluarkan oleh Google, yang mana membawakan pelbagai perkara baru dan fungsi baru bersama-sama dengannya.

Kami akan membuat ulasan dengan lebih mendalam berkenaan dengan Android 4.0 dalam artikel seterusnya.

Perlukah Anda Membelinya

Mungkin ramai yang tertanya samada adakah anda perlu menantikan Galaxy Nexus untuk tiba di Malaysia ataupun membeli peranti lain seperti Droid Razr atau Galaxy Note. Bagi kami, dua perkara yang mungkin boleh diperkuatkan untuk membelinya adalah dimana ianya menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dimana kelihatan amat menarik sekali, dan memberikan nafas baru untuk peranti keluarga Android. (Kami akan membuat ulasan Android 4.0 dalam masa beberapa hari lagi)

Selain daripada itu, memandangkan ianya merupakan peranti yang turut disokong oleh Google, Galaxy Nexus kelak akan disokong untuk jangka waktu yang sedikit lama berbanding peranti lain, selain mana kemaskini turut sama akan diperkenalkan padanya terlebih dahulu berbanding peranti Android yang lain.

Comments

Popular Posts