Chelsea Juara Liga Juara-Juara Eropah 2012.

Chelsea menewaskan Bayern Munich di gelanggang lawan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit permainan sehingga masa tambahan. Walaupun Bayern menguasai sebahagian besar permainan, namun kegagalan besar Bayern ialah menterjemahkan peluang yang terhidang menjadi gol merupakan punca utama kenapa wakil Jerman ini gagal menjulang trofi 'big-ears'. 

Bila dah tak dapat score, penentuan penalti ni faham-faham je lah. Macam San Iker cakap, penalti ni macam loteri. Nasib jek orang Melayu cakap. Kah Kah Kah. Walau ape pun, Didier Drogba ataupun si dubuk liar memang seorang lejen! Kudos! Drogba juga dilaporkan meminta Roberto Di Matteo untuk mengambil sepakan ke-5 dalam penentuan penalti, di mana pada asalnya die sepatutnya berada pada kedudukan no.3.

Selain si dubuk liar, gua rasa Chelsea seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol Petr Cech yang cukup power semalam. Cech dapat mengagak 6 penalti semalam. "Apabila Bayern berjaya mendapatkan penalti selepas Drogba mengasari Ribery, saya tahu saya perlu menyelamatkan sepakan penalti itu kerana Drogba seharusnya layak untuk meraikan kejayaan menjulang Liga Juara-Juara", kata Cech. OK. Touched. Manly tears!

Comments

Popular Posts