Mourinho's Madrid.


Pada gua, selepas musim kedua kendalian Jose Mourinho, Real Madrid mula menampakkan peningkatan ketara. Selepas hanya menggondol gelaran minimalis Copa del Rey dan menjadi hanya berpuas hati dengan menjadi pasukan kedua terbaik kepada Barcelona, Les Merengues bangkit untuk menjuarai gelaran terpenting domestik, La Liga Sepanyol. Ade beberapa faktor kebangkitan Real yang gua tengok musim 2011/2012 ni. Antaranya:-
  • Jose Mourinho yang terkenal dengan taktikal bertahan, menukar Real kepada pasukan yang lebih agresif musim ni. Setakat ni saja Real sudah meledak 115 gol liga dengan baki 2 perlawanan. Dengan purata 3.6 gol, Real menghiburkan Madridtista dengan kemenangan bergaya 7-1 ke atas Osasuna, 6-2 ke atas pasukan jiran Rayo Vallecano, 5-0 ke atas Espanyol dan 5-1 ke atas Real Sociedad. Tak lupa kemenangan di tempat lawan ke atas Sevilla 6-2 dan 6-0 ke atas Zaragoza.
  • Untuk rekod, Abam Tencho Cristiano Ronaldo meledak 44 gol dengan assist terbanyak daripada maestro Mesut Ozil (16) dan Angel Di Maria (13). Gonzalo Higuain meledak 22 gol dan Karim Benzema 20 gol walaupun mereka seringkali bertukar di bahagian serangan. (Mourinho selalunya menggunakan seorang penyerang tengah tunggal).
  • Permainan Ronaldo tampak semakin matang. Jika sebelum ni, abam tencho banyak pikir macam mana nak fight dengan adik Messi, Ronaldo musim ni lebih banyak mengutamakan pasukan berbanding permainan individu.
  • Kebangkitan semula Karim Benzema dari segi kecergasan. Gua tengok dulu Benzema ni punyalah pemalas. Nak kejar bola pun nak tak nak. Tapi season ni memang lincah jer. Sampai kedudukan Higuain pun tergugat dan ada perkhabaran ‘el Pipita’ nak berhijrah.
  • Kaka bebas daripada belenggu kecederaan dan kembali memainkan peranannya dalam pasukan. Kaka pada gua walaupun susah nak perform macam mana die kat AC Milan, tapi kehadirannya mampu memberikan impak besar, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Angel Di Maria yang banyak dibelenggu kecederaan musim ni.
  • Tak lupa kepada pemain-pemain lain. Macam el Capitan Iker Casillas, Xabi Alonso, Sergio Ramos, Pepe dan Marcelo yang cukup superb macam selalu. Oh! Tak lupa, Jose Maria Callejon akan mengganas musim depan!
Apapun, masih ada banyak lagi ruang peningkatan sebenarnya untuk Real. Terutamanya prestasi di bahagian pertahanan. Prestasi Fabio Coentrao dan Lassana Diara masih diragui selain 'weakest link' pertahanan Real, Alvaro Arbeloa (gua sebenarnya tak berapa berkenan Arbeloa ni). Gua mohon gua akan nampak team lagi power pada 2012/2013 nanti. In before, Hala Madrid! iCampeones!

Comments

Popular Posts