Hiperhidrosis.

Mengikut kajian, kira-kira 2% anak muda mengalami masalah hiperhidrosis. Ape kejadahnya hiperhidrosis ni? Hiper (berlebihan) hidrosis (air) merupakan masalah peluh berlebihan yang berpunca daripada rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh. Pendek kata, hiperhidrosis ni keadaan orang yang jenis cepat berpeluh. Kawasan badan yang selalu mengalami maslah itu biasanya pada tapak tangan, wajah, kaki dan bawah lengan.
Hiperhidrosis sebenarnya juga berlaku pada gua. Asal berlari sikit, confirm berpeluh. Kadang-kadang bila gua pergi jogging, tak sampai 10 minit dah berpeluh lencun macam orang jogging 1 jam menyebabkan gua selalu pulang awal (bajet dah lari jauh). Namun ada pendapat yang sebenarnya masalah ni berpunca daripada penyakit seperti dakwaan EmjayJB. Walaupun takde bukti-bukti saintifik yang menyokong kenyataan dia, pada gua ade jugak relevannya. Apatah lagi mamat ni takde plak nak promote produk-produk MLM yang mampu mengatasi masalah tersebut. 

Masalah hiperhidrosis ni dah lama gua alami. Daripada pengalaman gua, banyak benda-benda yang menjengkelkan berlaku kerana perkara ni. Paling common, kadang-kadang nak salam orang kena pastikan tapak tangan tak basah. Ex gua pun ade certain masa akan 'menolak' untuk memegang tangan gua pasal masalah ni. Sebab tu die lebih selesa berkepit kat lengan gua. (Die tak cakap, tapi macam gua tak tau. LOL!)

Benda ni sebenarnya mampu dirawati melalui kaedah rawatan seperti dengan ubat, ionthoperesis, botoks dan juga pembedahan. Gua taknak cerita benda ni. Gua nak cerita macam mana gua hadapi benda ni jek.  
  • Kebersihan - Orang cepat berpeluh menyebabkan badan selalu tak selesa. Jadi, mandi dengan lebih kerap akan membantu. Perkara ni sudah gua praktikkan sejak sekian lama. Terutama bab mencuci muka. Jadi, toilet adalah destinasi paling penting untuk gua tuju bila ke mana-mana tempat. Bab guna deodoran ke sabun mandi ape kena guna itu lu cari info sendiri.
  • Hand sanitizer - Pada gua, hand sanitizer ni bagus guna dia untuk 'mencuci' tangan. Biasanya kalau tangan berpeluh, gua akan rasa tak selesa hanya dengan mengelap tangan. Jadi hand sanitizer membantu. Kalau takde, kena rajin pergi toilet dan basuh tangan guna sabun. Itu gua selalu buat. Satu lagi jangan dok percaya sangat hand sanitizer mampu membunuh 99% bakteria pada tangan tu. Kena kencing lu orang dengan Dettol. Itu saja nak lakukan barang die. Puih!
  • Pakaian - Pemilihan baju amat penting bagi orang yang mengalami hiperhidrosis. Kalau boleh, beli baju yang jenis 100% cotton kerana ia membantu untuk menyerap peluh.  Lihat kepada info pada baju sebelum membeli. Bagi lelaki, pemakaian replika jersi sebenarnya gua tak berapa nak galakkan. Gua sekarang pun dah kurang beli jersi. Kalau pakai jersi memang panas ya rabbi. Pasal kain jenis polyster ni tak menyerap peluh sangat. So haba die terperangkap. Badan pun melekit. Pakai waktu malam pun kadang-kadang kurang membantu.
  • Kasut - Kalau pakai kasut simple jek. Jangan tak pakai stokin. Kaki cepat berpeluh, bau die memang macam setan kalau lu orang tak pakai stokin. Lagi satu, stokin kena rajin tukar. Lagi senang, tak payah selalu pakai kasut. Itu pasal gua jarang pakai kasut. Pakai selipar memadai. Tapi elakkan pakai selipar Crocs. Pengudaraan Crocs ni gua tengok tak berapa baik sangat. 
  • Gajet - Kalau beli laptop, elakkan membeli laptop yang mempunyai glossy casing. Bukan ape, senang kotor dengan bekas cap jari. Lagi satu, kebarangkalian untuk terjadi electronic discharge sangat tinggi. Oh! Jangan lupa untuk membeli screen protector telefon pintar anda juga! Takdela nanti keje asyik nak mengelap skrin je ye dak?
  • Aksesori - Aksesori seperti jam tangan amat penting untuk melengkapkan gaya maskulin anda. Tapi dengan keadaan diri cepat berpeluh ni, jam tangan bertali kulit tulen mungkin bukan pilihan tepat. Tali kulit akan menyerap segala peluh anda dan tak sampai setahun jam lu orang akan berbau macam setan! resin (getah) atau stainless steel band lebih sesuai. 

p/s: Korang pernah terfikir mamak yang mengalami masalah ni. Gua pasti, roti canai kedai die laku lebih daripada biasa. Jage-jage! Kah Kah Kah Kah Kah!

Comments

Popular Posts