Bahasa Melayu.

Beberapa hari lepas gua sempat berbual dengan seorang pekerja Myanmar di tempat kerja gua. Baru datang Malaysia hanya dalam tempoh 2 bulan, gua kagum dengan kefasihan dia berbahasa Melayu dengan agak baik.

Gua tanya dia, apa rahsianya? Dia jawab, setiap hari dia akan meluangkan masa untuk membaca surat khabar dan sentiasa belajar untuk mengenal perkataan-perkataan baru setiap hari.

Gua agak senang sebenarnya nak belajar bahasa Melayu ni berbanding bahasa lain. Tetapi sangkaan gua meleset apabila dia menyatakan belajar bahasa Melayu sebenarnya bukan mudah. Gua angguk je.

Tiba-tiba ada seorang makcik datang mendekati gua tengah berbual dengan budak Myanmar tu. Oleh kerana kedudukan budak Myanmar dengan makcik tu lebih dekat, makcik tu bertanya di mana kedudukan mayonis di dalam pasaraya yang gua bekerja tu. Gua tengok, budak Myanmar tu tunjuk ke arah barang-barang elektrik. Makcik tu beredar, sama jugak budak Myanmar tadi.

Tiga minit lepas tu, gua tengok makcik tadi bebel-bebel sorang. Marah gamaknya.

Comments

Popular Posts