Mrs.

Bohong kalau gua tak mahu kahwin. Sekarang umur gua sudah menjengah ke angka 26, tetapi tanda-tanda untuk gua settle down tampak belum hampir tatkala gua masih bergelut untuk meneruskan perjuangan hidup. KEH! KEH! KEH! Ok, orang selalu tanya soalan ni,

Kalau nak kahwin, ko nak pilih isteri yang macam mana?

Jawapan yang cliché pasti berbunyi, seorang isteri yang solehah. Menghormati kedua ibu-bapa. Bagi gua benda tu tak spesifik sangat. Kata orang, kalau orang tu baik, semuanya OK. Tapi adakah mencukupi untuk menempuh alam rumah tangga kalau setakat baik saja?

Tapi nak demand lebih-lebih lu macam hensem @ kaya nak mampos sangat kan? LMAO! Tapi gua rasa cukup untuk lebih 80% ciri-ciri yang gua nyatakan di bawah adalah antara calon-calon paling cocok untuk dijadikan sebagai seorang isteri kepada gua. Gua! Bukan lu. Lu nak, lu orang list down kan sendiri.

·         Err…sedap mata memandang. Beauty is in the eye of the beholder. So jangan komen kenapa gua pilih orang tu @ orang ni.
·         MASAK dengan perangai/pantang gua dalam segala hal.
·         MAMPU berdiplomasi dengan gua dalam segala hal.
·         KESEDARAN KEWANGAN yang TINGGI.
·         Faham tentang situasi KERJA gua. Gua banyak utamakan hal kerja daripada benda lain biasanya.
·         Tak banyak memBEBEL benda sama berulang kali depan gua.
·         MAMPU menjadi fashion designer gua.
·         TEGAS dengan anak-anak. Kalau ade.
·         INDEPENDENT.
·         MAMPU masak untuk gua paling maksimum 2x sehari. (Gua hanya makan 2x sehari pada weekends, dan 1x sehari untuk weekdays di RUMAH).
·         TAHAN dengan carutan/bebelan gua ketika gua rushing dan naik angin.

Comments

Popular Posts