Bank.

Gua amat seronok kalau dapat duduk semeja minum petang bersama rakan-rakan senior daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat tentang realiti kehidupan. Tadi gua dan partners in crime gua berborak dengan seorang senior banker dari Bank Rakyat tentang perbezaan kehidupan pekerja bank dulu dan kini.

Dengan hampir keseluruhan posisi jawatan kosong bank yang mengkehendakkan calon mereka yang sales driven, menjadikan kerjaya sebagai seorang pegawai bank cukup mencabar. Belum masuk lagi cerita KPI (Key Performance Index). Dengan pengalaman yang luas selama 16 tahun di Bank Rakyat, bro Din sudah melalui segalanya tentang perbankan.

Bukan macam dulu. Kalau kata kerja apa? Kerja pegawai bank. Semua orang bangga dengan kerjaya sebagai pegawai bank. Itu 10-20 tahun dulu. Sekarang, pegawai bank kalau tak buat sales, tak balik 8-9 malam memang tak sah. Dulu sebelum gua kerja Jabatan Perangkaan, RHB Bank ada offer gua jadi Admin Executive+Sales di KL. Realiti sekarang, memang sales tidak boleh dipisahkan dengan bank.

Kalau nak masuk bank sekarang, hati memang kena kering.

Terngiang-ngiang kata keramat dia tadi. Dan dalam fikiran gua, teralih kepada adik perempuan gua yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dalam perbankan di Universiti Teknologi MARA kampus Segamat. Hati kering ke dia?

Comments

Popular Posts