Kerja Keras.

Kejadian ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa gua baru nak keluar rehat. Gua keje Giant itu jam. Ade dua orang budak. Nak cari keje pun malu-malu. Dia tolak dia, dia tolak dia. Masing-masing takut nak masuk ofis. Nak cari rezeki kan? Bukan nak merompak. Budak-budak baru abis sekolah selalu gua tengok macam tu. Trend ape?

Buat ape malu-malu? Kalau gua nak malu-malu, memang tak kerja la. Tak pe lah. Budak-budak. Cari keje. Cari pengalaman. Dah sampai pintu ofis tu gua rasa dah satu langkah yang bagus untuk korang. Daripada duduk rumah tak buat ape-ape. Mengabihkan boreh jer.

Kalau anak orang ada-ada tak pe. Kalau macam gua, anak orang kebanyakan memang kena bekerja. Susah mana pun kena keje. Nak ape-ape kena keje. Tak de nye mintak dapat, mintak dapat. Ingat syurga?

Gua pernah terdetik rasa cemburu kat kawan-kawan sekolah dulu. Sekolah dekat Maktab Sultan Abu Bakar aka English College membuatkan gua selalu dikelilingi oleh anak-anak lot. Pegawai-pegawai kerajaan, orang-orang kenamaan, hatta kerabat sultan pun ade. Kalau sekolah lain pendahuluan pekeliling mula dengan tuan/puan, gua punya sekolah ada tuan/puan, Dato’, Tan Sri, YB dan bermacam-macam gelaran lagi. Memang power!

Balik kepada cemburu. Rasa cemburu ape? Cemburu bila diorang pergi sekolah pakai kasut Converse (Jack Purcell, All Stars), beg Deuter atau beg outdoor (itu jam benda tu paling popular) pelbagai jenis barang mahal-mahal. Itu jam seluar & baju sekolah pun tailored. Giler!

Tapi rasa cemburu tu pudar bila nampak ‘kesungguhan’ diorang menjaga beg dan kasut-kasut mahal tu. Pergi PJ pun nak bawak beg, ape neraka? Pasal tak nak tinggal dekat kelas takut hilang. Kalau boleh kasut sekolah tu nak peluk bawak masuk surau masa kelas PAFA (fardhu ain). Kalau dah hilang memang meraung lah, pastu guna la sikit pengaruh parents diorang ke ape, suro wat spot check satu sekolah. Bangang!

Hidup ni, muda-muda kalau tak rasa susah memang kacau lah. Semua nak senang, nanti hati tak kuat. Hati tak berapa kering. Susah dulu, baru senang. Pernah tengok Radit & Jani. Hidup memang tak mudah.

Dulu, gua selalu tengok bapak gua pergi memburuh sampai ke Kota Singa. Pergi keje pukul 4 pagi. Kalau tak balik sampai 10-11 malam memang tak sah. Jatuh bangun dia gua nampak dengan mata kepala gua sendiri. Time keje bagus, hidup memang senang. Itu jam kadang-kadang bapak gua bawak balik macam-macam barang untuk family. Paling tidak buah-buahan. Paling best basikal mountain bike untuk gua. Yang akhirnya mak gua jual sebagai besi buruk. LOL!

Masa jatuh pulak, gua nampak die tak keje berbulan-bulan tak kerja. Itu jam gua kadang-kadang jadi marah. Kenapa bapak gua tak keje? Kesian mak nak guna duit simpanan dia nak beli lauk. Duduk rumah melepak, tak cari duit? Tapi itu jam gua tak faham betapa susahnyer nak cari keje. Gua tak faham semua tu. Walaupun bapak gua jenis tak berapa cakap dengan gua, tapi gua faham sekarang dengan tanggungjawab yang dia pikul untuk jaga family.

Tugas gua mudah. Untuk sambung legasi kerja keras macam bapak gua. Dalam kepala gua, cuma nak tolong family jer. Tak kisah kalau gaji kecik ke, selagi gua dapat tolong gua tolong. Tapi kadang-kadang sakit ati kalau dapat sedare sedarah yang gagal nak faham ape tu tanggungjawab. Main lepas tangan jek. Hidup nak senang sendiri. Bangang ya rabbi!


p/s: Kepada sesiapa tak de duit, tapi pemalas macam babi nak keje, pegi bunuh diri je!

Comments

Popular Posts