5 Kepercayaan.
Percaya
atau tidak, apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu dapat menghalang
kemajuan diri sendiri. Setiap individu
memiliki kepercayaan masing-masing. Sebahagian daripada kepercayaan individu itu mungkin betul dan membawa
kebaikan, dan sebahagiannya sebenarnya membahayakan kita.
Pamela
Butler, seorang pakar psikologi mengenalpasti
5 jenis kepercayaan yang dapat
merosakkan diri sendiri. Kepercayaan itu sebenarnya tidak realistik dan mampu membahayakan diri
sendiri. Kepercayaan-kepercayaan itu berfungsi sebagai ‘tekanan’.
1.
Tekanan supaya
walau apa sekalipun yang dilakukan, sesorang itu mesti melakukannya dengan
sempurna.
- Bahasa mudahnya perfectionist. Tetapi kadang-kadang terlalu perfectionist adalah situasi yang agak rumit. Sikap sebegini menyebabkan kita tidak mudah untuk mempercayai kerja yang dilakukan orang lain. Tekanan untuk melakukan serba-serbi dengan sempurna menyebabkan seseorang itu percaya jika ada apa-apa kesalahan, dialah yang bertanggungjawab atas kesalahan itu. Disebabkan tidak mahu dituduh kerana kesalahan itu, lama-lama dia tidak percaya kepada orang lain. Akibatnya dia membuat sendiri segala-galanya.
2.
Tekanan mahu cepat
selalu.
- Tekanan ini menyebabkan sesorang mahu sebanyak kerja cepat dilaksanakan dalam tempoh masa yang dia sendiri tetapkan ditetapkan. Akibatnya, dia sendiri tidak cukup masa, tergopoh-gapah, dan tidak sabar-sabar. Sikap tergopoh-gapah sebenarnya tidak mencerminkan dia sebenarnya tidak berkuasa. Kualiti kerja mungkin akan menurun hasil daripada situasi itu.
3.
Tekanan supaya
seseorang itu kuat selalu.
- Tekanan ini menyebabkan seseorang itu berasa dia tidak boleh dilihat sebagai orang lemah. Dia tidak mengakui bahawa ada kalanya seseorang itu memang berasa lemah, sedih, menyesal, ragu, sepi dan seumpamanya. Dia tidak mahu meminta pertolongan dan tidak mahu mengaku kalah.
4.
Tekanan supaya
seseorang itu sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain.
- Apabila orang-orang lain setuju dengannya barulah dia dihargai oleh orang-orang lain. Sangkaan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu terlalu mementingkan pendapat orang lain. Dia tertekan untuk melakukannya demi menjaga hati dan perasaan orang lain. Menjaga perasaan dan hati orang lain adalah perkara baik, tetapi perkara itu tidak menjamin orang lain akan menganggap dia orang yang berharga atau berguna kepada mereka.
5.
Tekanan supaya
seseorang itu sedaya upaya dalam setiap perkara.
- Kepercayaan ini menyebabkan seseorang itu sanggup memikul tanggungjawab lebih daripada yang mampu dipikulnya. Ini menyebabkan sesorang itu sanggup menjalankan tugas-tugas itu sehingga dia memaksa dirinya berkorban lebih daripadanya sepatutnya.
Comments