Intipati Bajet 2012.
·
Bonus
penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan
bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji
bulan Disember 2011
·
Membenarkan
pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui
penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300
·
Pemberian
baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA
dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6
·
Bantuan
persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun
1 hingga tingkatan 5 seluruh negara. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui
akaun BSN
·
Bantuan RM500
kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Ketua isi rumah
yang layak hendaklah berdaftar dengan LHDN sebagai agensi pelaksana. Bantuan
ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos
·
Caruman
majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang
menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah
·
Pelepasan
cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan
anuiti insurans selama 10 tahun
·
Semua
warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit
luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan
Monorel
·
Dasar
sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor
korporat
·
Pemilik teksi
bajet persendirian
·
Pengecualian
100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
·
Pencgecualian
bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih
dari 7 tahun yang dijual atau ditukar milik
·
Memansuhkan
cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian
·
Pemberian
subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan
tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012
·
Pemberian
bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih 7 tahun tetapi
kurang 10 tahun. Lebih 10 tahun, ianya RM1,000. Ianya bagi pembelian kereta
baru buatan tempatan untuk tempoh 2 tahun mulau 1 Januari 2012
·
Kerajaan
memperkenalka Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia. Ianya dibuka
kepada mereka yang berpendapatan isi rumah bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran
balik 5 tahun. Ianya dikendalikan oleh PNB dengan kerjasama institusi kewangan
terpilih mulau Januari 2012.
·
Elaun khas
waktu bekerja fleksi sebanyak RM600 sebulan berkuatkuasa 1 September 2011
kepada pegawai perubatan siswazah. Bagi pakar dan pegawai perubatan, elaun on-call
semalaman antara RM30 hingga RM80
·
Tabung khas
perumahan nelayan sebanyak RM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah
mereka
·
Skim rumah
pertamaku dinaikkan had maksima harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada
RM400,000 bagi pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bagi
berpendapatan kurang daripada RM3,000 bermula Januari 2012
·
Program
Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merangkumi bantuan
·
RM300 sebulan
kepada warga emas miskin
·
RM100 sebulan
kepada kanak-kanak miskin dengan had maksimum RM450
·
Antara RM150
hingga RM300 sebulan kepada orang kurang upaya (OKU)
·
Sumbangan
sebanyak RM3,000 secara one-off (sekali aja ya) kepada setiap bekas anggota
seta duda dan balu mereka
·
Yuran
pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih
tinggi secara separuh masa
·
Menaikkan
umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun
·
Mulai tahun
2013, kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun
·
Kenaikan gaji
tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
·
Struktur gaji
penjawat awam bagi gaji maksimum telah disemak. Sebagai contoh gaji maksimum
DG48 sekarang ini RM6,325 naik kepada RM8,710. Kalau DG34 sebelum ini maksima
RM3,860 naik kepada RM5,370
·
Bagi Orang
Asli, kerajaan akan memperuntukkan RM90 juta untuk penyediaan kemudahan asas
·
BSN akan
melantik agen-agen di kawasan luar bandar di seluruh negara untuk menyediakan
perkhidmatannya
·
Bayaran
sebanyak RM24.50 (sekolah rendah) dan RM33.50 (sekolah menengah) bagi bayaran
kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan
Insurans Takaful dimansuhkan
·
Cukai
keuntungan hartanah (RPGT) dikaji semula. Jualan pada
1. sehingga 2 tahun: 10%
2. 2-5 tahun: 5%
3. Melebihi 5 tahun: tidak dikenakan
·
Pulau
Langkawi dibangunkan semula dengan peruntukan RM420 juta
·
Kadar cukai
konsesi 10% ke atas dividen pelabur institusi bukan korporat dan pelabur
individu dalam Amanah Pelaburan Hartanah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2016
·
Penyenaraian
FELDA Global Ventures pada pertengahan tahun 2012 di Bursa Malaysia
Comments