Surat Terbuka Mahathir.
Di bawah adalah isi kandungan surat
terbuka daripada Dr. Mahathir mengenai kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang dikatakan
menjadi punca kepada terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei, yang disebarkan pada
1969. Dr. Mahathir dipecat dari UMNO selepas itu. Pada gua, Mahathir ni memang teging. Tunku pun dia langgar, apa lagi Anwar al-Juburi pada 1998. #LMAO!
Ketika
tu, kerajaan membuat keputusan sesiapa yang memiliki edaran surat ini tanpa
kebenaran sah akan dikenakan penjara setahun & denda rm1000. Sesiapa yang
mencetak, dan mengedarkannya pula akan dikenakan penjara 3 tahun, denda rm2000
atau kedua-duanya sekali. Dayum!
Batu
6, Titi Gajah,
Alor
Star,
17hb.
Jun 1969
Y.T.M.
Tunku,
Patek
berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah
di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga
dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang
menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat
Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh
orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku
perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah
patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang
sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang
di-tegor itu.
Tunku
biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan
menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China.
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang
berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku
selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang
mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi.
Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
Orang2
China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah
dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi
menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab
itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.
Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah
Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2
Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok
sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana
Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam
dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek
mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada
Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2
benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang
kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka
kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime
Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan
dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis
mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari
kaki poker.
Sa-balek-nya
pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata
Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang
tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China,
dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada
masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil
Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada
lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong
PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis,
tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang
sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak
di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
Patek
tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam
negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed
forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai
bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi
"Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan
merasai "happiness" apa2.
Patek
harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka
akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu
betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran
ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari
menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek
faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak.
Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak
terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa
kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek
di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2
orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang
selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang
ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek
walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek
sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah
kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan
menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang
lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan.
Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan
orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek
menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan
bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah
subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang
sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek
Yang Ikhlas,
(Dr.
Mahather bin Muhammad)
Comments