MALAS.


Kalau lu orang kenal gua secara peribadi, lu orang akan perasan sifat MALAS dah sebati dengan diri gua. Dan sifat dengan konotasi negatif tu sebenarnya gua dah pupuk sejak sekian lama. Tak pasti berapa lama. Tapi lama lah jugak. Memandangkan gua dah idup hampir 27 tahun ni.  Bak kata Kassim Baba dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok “Unta padang pasir pun takde malas macam kau”, berikut adalah antara perkara yang menunjukkan gua ni seorang yang pemalas;
  • Masa gua banyak di rumah pasal gua jenis MALAS keluar rumah.
  • Bila keluar rumah, gua akan sarung Crocs. Pasal MALAS nak pakai stoking+kasut.
  • Gua MALAS cuci kereta/motor, jangan tegur kenapa kenderaan yang gua pakai macam baru lepas redah lading kelapa sawit.
  •  Milage kereta gua tak sampai 6000km walaupun dah setahun lebih beli, pasal gua MALAS drive.
  •  Gua beli seluar kerja slack jenis polyster pasal MALAS nak iron.
  •  Gua MALAS nak pakai baju Melayu pada hari Jumaat pasal gua MALAS nak iron banyak benda. (Baju, seluar, sampin, etc.)
  •  Ada masa gua MALAS nak pickup call orang.
  •  Jangan expect gua tegur lu orang bila jumpa, gua MALAS nak borak dengan orang.
  •  Gua tak datang kerja awal bila cuti am pasal MALAS buka ofis.
  •  Gua berjambang pasal gua MALAS shave.
  •  Gua nak badan macam Daniel Craig tapi MALAS jogging/pergi gym.
  •  Gua pernah beberapa kali deactivate Facebook pasal MALAS nak bukak.
  •  Gua MALAS update blog ni. 
  •  Gua harap bini gua nanti bukan daripada golongan MALAS nih. Kah Kah Kah Kah!

Comments

Popular Posts