Fossil.

Selepas menyambar Casio Edifice tahun lepas, aku dah mulakan pencarian mangsa terbaru. Haha. Yes. FYI, aku fetish kepada jam. Setakat ni dah ada 4 jam tangan dalam koleksi aku. Seiko, Casio Edifice, dan Casio G-Shock ada 2. Kali ni aku nak pakai jam dengan teknologi Swiss. Sebenarnya aku kecewa jugak dengan Casio Edifice yang aku beli tahun lepas tu. Beli nak sama harga dengan Seiko aku, tapi in terms of quality memang jauh. Menguatkan lagi firasat aku yang jam Seiko tiada bandingan. I loooovveeee Seiko brand. 

Kali ni, brand Fossil mendapat perhatian aku. Fossil guna Swiss movements. Harga kedai around RM579. Aku dah survey dua ke tiga tempat. Normally the price deduct with 10% discount would be around RM521. Dan aku belum lagi pergi butik di Johor Premium Outlets. Could be lesser kot. Especially year end punya sale.  Nak main jam atas RM1k macam Tissot tak mampu boh. Main brand bawah RM1k saje. :P Let me introduce to you. Fossil Decker Chronograph CH2601




p/s: Setakat ni dah ade 3 wanita bertuah aku hadiahkan jam ke dia (pecah lobang). Jam Guess, Adidas & Casio. :) 

Comments

Popular Posts