Kabinet 2013 Najib - A. Kadir Jasin

Aku tertarik dengan tulisan A. Kadir Jasin dalam The Scribe A Kadir Jasin tentang pengumuman senarai barisan Kabinet 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Berikut adalah ulasan beliau yang diterbitkan di Malaysian Insider.
Maaf kerana terlambat membuat ulasan. Pada mulanya saya tidak bercadang memberikan pendapat dua sen mengenai Kabinet Perdana Menteri, Najib Razak. 
Bagaimanapun, setelah membaca komen-komen pembaca dan atas desakan beberapa orang kawan melalui SMS, berikut adalah pandangan dua sen saya: 
Saya mengucapkan tahniah kepada Najib kerana menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU 5 Mei lepas dan dengan itu memperoleh mandat sendiri walaupun lebih hambar daripada mandat (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. 
Saya juga ucap tahniah kepada rakyat 1 Malaysia kerana mendapat Kabinet transformasi baru. Sama ia transformasi atau tidak, terpulanglah kepada penilaian mereka. 
Tahniah kepada orang India Malaysia kerana melalui saluran tradisi, iaitu MIC dan saluran revolusi, iaitu Hindraf mendapat ramai Menteri dan Timbalan Menteri. 
Tahniah kepada saudara/saudari kita di Sarawak dan Sabah kerana sokongan padu mereka menyelamatkan Barisan Nasional nampaknya dihargai oleh Perdana Menteri. 
Tahniah kepada Wanita Umno kerana setia kepada ketua sedia mengorbankan diri sehingga tidak mendapat jawatan Menteri. Bukankah ini setia yang membawa bencana? 
Tahniah kepada MCA kerana berpegang kepada prinsip dengan menolak jawatan Kabinet selepas kecundang dalam PRU. 
Tahniah kepada Najib kerana bukan sahaja memperoleh Kabinet sendiri malah sekali gus memperkukuhkan kedudukan beliau bagi menghadapi pemilihan parti. 
Dan tahniah kepada Menteri serta Timbalan Menteri kali pertama, tidak kira muda atau tua kerana diberi kepercayaan oleh bos mereka. Tetapi hendaknya berkhidmatlah untuk rakyat jelata. Lima tahun bukanlah lama. Takut-takut tsunami yang lebih besar melanda.

Comments

Popular Posts