Medical-Checkup.

Setahun dua ni, Klinik Kesihatan Sultan Ismail Johor Bahru bagaikan rumah kedua aku. Puncanya adalah rentetan aku melakukan medical-checkup ketika membuat permohonan untuk menyertai Polis Diraja Malaysia. Malangnya aku gagal melepasi proses medical-checkup selepas berjaya ujian fizikal & temuduga. Aku tak tahu punca apa aku gagal kerana doktor telah mengesahkan aku boleh menyertai PDRM, tetapi perlu membuat ujian lanjut. Takde rezeki nak buat macam mana. Berikut adalah senarai ujian yang aku tempuh sepanjang mendapat rawatan di KKSI. 
Nak dekat setahun jugak aku further aku punya checkup. Gila. Doktor kat KKSI buat aku ni macam tikus lab nak buat ujian macam2 & selamba tekak dia buat appointment untuk aku. Haha. At last, Dr. Victor Chin Jian Yuan sahkan aku TAKDE sebarang penyakit pun. Even batu karang & diabetes seperti didakwa Dr. Ng Su Chin. Nama Dr. yg paling aku tak boleh lupa. Dia ni la yang sebabkan aku hantar report medical-checkup aku lambat hence suruh buat aku buat macam-macam ujian. Ada masa, aku perincikan setiap test yang aku buat tu. Okay?

p/s: Terima kasih juga kepada Dr. Shabna a/p K. P. Kunhamboo, Dr. Norhisyam Bin Salleh, Dr. Nor'arasiah Binti Ma'an & staf2 KKSI yang memberikan layanan baik sepanjang aku menerima rawatan di sana. 

Comments

Popular Posts