GST.


Baru-baru ni, kecoh media sosial tentang penyebaran gambar satu resit yang tertera caj GST yang dikenakan terhadap seorang pelanggan Tesco Xtra Mutiara Damansara. Pasca PRU13 menyaksikan BN kembali menguasai  tampuk pemerintahan Malaysia dengan kemenangan majoriti mudah, namun 'tewas' kepada undi popular. Pada yang tak dapat menerima kekalahan tipis Pakatan Rakyat, aku rasa semua kata mereka sebenarnya sudah menang. Hakikatnya, Malaysia menggunakan sistem pengundian FPTP sejak dulu lagi yang, dengan kiraan undi Parlimen & DUN yang menentukan kemenangan mutlak sesebuah parti. Itu cerita PRU. Sekarang aku nak cerita GST

Masyarakat Malaysia sebenarnya dibayangi oleh situasi pasca PRU12 yang menyaksikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengurangkan subsidi minyak petrol. Dari situ, timbul stigma bahawa undi BN menyebabkan harga barang naik. BN = Barang naik. Jadi selepas BN kembali mendapat mandat dalam PRU13, maka masyarakat kembali mengalami stigma 2008 tersebut. Power jugak mukadimah aku ni. Celake betul.

Maka kecohlah di sana sini tentang kerajaan mengenakan cukai GST (Good & Services Tax) kepada rakyat selesai sahaja PRU13. Akan tetapi, isu yang ditimbulkan sebenarnya bukanlah fakta. Hakikatnya, berita kerajaan mengenakan GST adalah tidak benar. Macam biasa, media sosial menjadi medium untuk penyebaran berita-berita yang tidak sahih. Puncanya? Kegagalan mereka mengesahkan berita tersebut. Mereka lebih percaya berita yang tersebar di Facebook & Twitter daripada sumber media arus perdana yang sahih & berkredibiliti seperti Bernama serta laman-laman web agensi Kerajaan. Bak orang putih kata, straight from horse's mouth. Ini tidak. Kalau boleh, aku nak lempang sekor2 yang komen 'mohon share' tu.

GST yang dimaksudkan dalam resit di atas sebenarnya bukanlah terma GST yang tepat. GST yang dikenakan adalah Sales & Services Tax (SST) yang sebenarnya telah lama dikenakan (sejak 1975). SST bukanlah benda baru. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil ASTRO, bil telekomunikasi, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk servis tax dan 10% untuk sales tax. Korang boleh rujuk bil atau resit setiap kali membuat bayaran bil telekomunikasi, ASTRO, resit pembayaran membeli belah di hyper/supermarket dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar. 

GST yang sebenar-benarnya adalah pada kadar rata 4% belum dilaksanakan oleh kerajaan sebenarnya. Fungsi GST adalah untuk menggantikan sistem SST. Setakat ini, GST sudah dibentangkan parlimen pada 2009 & 2010 dan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan perlaksanaan GST kerana kurangnya pemahaman rakyat mengenai cukai ini. Info tentang GST korang boleh baca di laman web Kementerian Kewangan. Baca! Jangan MALAS! 

Secara mudahnya, aku boleh simpulkan GST dengan beberapa poin ringkas. 

Pertamanya, hanya perniagaan yang layak sahaja boleh mengenakan GST, maknanya kalau peniaga warung nasi lemak, roti canai, pasar ikan pasar borong tidak sampai nilai ambangnya, maka peniaga tersebut tidak boleh mengenakan GST. (Nilai ambang/keuntungan lebih RM 500,000 setahun wajib daftar GST)

Kedua, perkhidmatan awam tidak boleh mengenakan GST. Maknanya, hospital, teksi, bas, LRT tidak boleh mengenakan GST. Barangan dan perkhidmatan ini yg kita panggil sebagai pembekalan yg dikecualikan cukai.

Ketiga, barangan asas seperti keperluan harian e.g bahan mentah tidak dikenakan cukai kerana ianya pembekalan kadar sifar. Maknanya beli telur dan tepung tak kena GST tp membeli makanan di kopitiam dan restoran yg caj mahal akan dikenakan GST. (Makan mahal-mahal boleh takkan caj 4% nak bising ye dok)

Keempat apabila GST dilaksanakan,kesemua cukai tidak langsung yg lain yg sedang dilaksanakan akan dimansuhkan, maknanya tiada lagi cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6%. Cukai pendapatan juga akan dikurangkan jika GST dilaksanakan. (Ni untuk orang gaji power. Gaji aku tak power).

Kelima, kenderaan persendirian dan rumah persendirian tidak dikenakan GST. Maka hanya hartanah komersil dan kenderaan komersil sahaja akan dikenakan GST.

Kesimpulan dia, GST ni adalah consumption tax. Ang guna barang/perkhidmatan banyak, ang la bayar kan? So aku nak tutup perbincangan pasal GST. Pasal benda alah ni lah aku bergaduh dengan senior aku. Haha. Takde lah gaduh mana pun. Cuma dia tak boleh terima pandangan aku tentang kebaikan perlaksanaan GST & terus block aku. Satu je aku tengok, kalau dah bebal, ada Masters Degree pun tak guna. Kalau nak argue dengan aku, pastikan fakta & ada asas. Hearsay, rumours, cakap-cakap orang, sumber tak ada kredible sumpah aku tak layan. Adios!

Comments

Popular Posts