Anugerah Istimewa Untuk Kita Hargai Hati Dan Perasaan
1. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
2. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
3. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai tanpa berkata sepatah pun. Kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
4. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
5. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
6. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
7. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
8. Carilah insan yang membuatkan hari anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan seerat-eratnya.
9. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke arah mana yang ingin anda tuju dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin lakukan.
10. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seseorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
11. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
12. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai pentingnya manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
13. Sampaikan sebanyak mana perasaan sayang anda kepada orang yang tersayang, tanda peringatan anda terhadap mereka.
14. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
15. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula yang akan menangis.
16. Ada hal-hal yang tidak ingin anda lepaskan, orang yang tidak ingin anda tinggalkan. Tapi melepaskan bukan bererti berakhir segalanya melainkan awal suatu kehidupan baru.
17. Selain rasa SUKA dan CINTA…ada perasaan yang lebih mendalam… SAYANG…perasaan yang tidak hilang secepat rasa CINTA…tidak akan berubah dan dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi. CINTA ingin memiliki segalanya tetapi SAYANG hanya ingin melihat orang yang disayangi bahagia…walaupun harus dan terpaksa kehilangannya.
18. Sayangilah sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan, sayangilah sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan, sayangilah sebuah percintaan kerana disitu terciptanya kasih sayang, hargilah ketiga-tiganya kerana semuanya merupakan rahmat TUHAN.
Comments