Oh My English.

Gua rasa, 3 tahun bekerja dalam sektor 'awam' yang benar-benar mementingkan bahasa kebangsaan benar-benar membuatkan kemahiran berbahasa Inggeris gua benar-benar berkarat. Berbeda sungguh ketika gua baru keluar daripada UiTM dulu. Di UiTM, pada gua bahasa Inggeris tidak begitu asing sangat. Gua ingat lagi masa temuduga untuk jawatan Eksekutif Pentadbiran RHB dulu, gua dapat berbahasa Inggeris agak lancar dan mampu berhujah dengan pengurus Bahagian Sumber Manusia yang agak lembut tu. Ye, lembut dan kuat provoke gua. Celake!

Dan sehingga kini gua benar-benar menyesal untuk tidak menerima tawaran jawatan tersebut selepas mengenangkan gua sudah menerima jawatan 'kerja gomen' di Jabatan Perangkaan beberapa bulan sebelum tu. Malah, temuduga jawatan Pegawai Pendaftar juga gua tidak pergi hanya kerana 'kerja gomen' tu. Dangkal sungguh pemikiran gua masa tu. Gua fikir bahasa Inggeris gua makin berabuk dan keinginan untuk pergi ke kelas bahasa Inggeris adalah satu keperluan. Ye dak?

p/s: "Ah, bahasa Inggeris bukan susah. ABC, 123, wher yo going, Ayu go to play. Eh, play kan main..Ah tidur lah!"

Comments

Popular Posts