Easy by RHB.
1. Hal ni berlaku 3 minggu lepas. Ya, mungkin dah agak terlalu lama. Tapi gua tetap nak cerita juga. Hal tentang staf Easy RHB.
2. Memandangkan gua berhutang dengan RHB untuk Pinjaman Sewa Beli, jadi gua memerlukan mesin deposit RHB untuk melunaskan hutang tersebut setiap bulan.
3. Bila gua masukkan duit ke mesin deposit tu, tiba-tiba sesuatu yang tak diingini berlaku. Gua masukkan duit. Tapi entah macam mana mesin tu keluarkan balik duit gua. Di skrin terpapar mesej ‘SILA AMBIL KEMBALI DUIT ANDA’. Something like that. Gua sempat amik sebahagian, tapi ada lagi sekeping duit gua tersekat di roller duit tu dan kalau gua tarik CONFIRM koyak duit tu. Not 50 okeh? Memandangkan gua tak amik duit tu selepas beberapa saat, sudahnye mesin tu terus telan duit gua.
4. Lepas tu ada satu suara sumbang kat belakang gua. “Laa, masuk ni dah 5 kali duit sangkut kat mesin ni. I rasa mesin ni ada problem lah”. Gua toleh, ade lelaki Cina pakai lanyard Easy RHB membebel-bebel.
5. OK. Sekarang siapa gua nak salahkan pasal masalah ni berlaku? Gua, mesin deposit ni atau si bebal staf Easy RHB tu yang tak efisien.
6. Solution? Kalau gua jadi staf RHB tu, gua dah buat notis ‘ROSAK’ guna font 60 tampal kat mesin deposit tu. Sampai technician betulkan mesin tu. Sound common sense rite? Ni tidak, dah sampai 5 kali sangkut, then gua dah masuk duit baru nak cakap mesin ni ada problem? Numb-nut!
7. Gua harap Easy RHB ambil pekerja yang analitikal sikit supaya tak menyusahkan pelanggan premis mereka. Gua serius.
p/s: Lepas gua report dekat Customer Service RHB, staf Easy RHB tu cakap masalah ni mungkin akan selesai seminggu lagi. SHIT!
p/s: Lepas gua report dekat Customer Service RHB, staf Easy RHB tu cakap masalah ni mungkin akan selesai seminggu lagi. SHIT!
Comments