Being a Cheapskate


It almost 2 years I’m being a cheapskate. Ape dia cheapskate? A stingy person. Thefreedictionary.com cakap. Pada aku bukan macam tu. Gua nak simpan duit. Gua buat benda ada sebab. Everything must be a reason. Reason dia? Gua nak kawin. HAHAHA. Gua dah 26 tahun bulan November ni. Target gua, 28 tahun gua dah kawin. Calon? 27.5 juta rakyat Malaysia, hampir 60% perempuan, tak kan xde calon kan?. Babi ape? 

Gua bukan jenis menunjuk-nunjuk. Bawak awek ke hulu ke hilir. Upload gambar facebook, biar semua tengok. Gua tak perlu macam tu. In a relationship ke, pe ke tak perlu. Lainla lu dah kahwin. Dah pasti. Dah sure. Kan? Ni gambar peluk-peluk, cium-cium, upload facebook, dua tiga tahun break!. Pundek!. Buat ape macam tu. Sekular-sekular gua pun, gua ade prinsip. Hah!.

Tapi pada gua, semua tu tak penting. Yang penting, gua dah lepas syarat gua nak estimate untuk belanja kawin. Gua tengah running out of time. Menyesal gua takde kesedaran awal pasal duit ni. Pundek! Kalau tak boleh aku simpan banyak sikit. Pergi honeymoon oversea ke. Ceh! Berangan!.

Setakat ni ada la sikit. Kalau ikutkan kepala gua, nak jer beli HTC Desire S, DSLR, jam G-Shock, wallet, jersi, ipod, t-shirt, Levi’s, kemeja untuk kerja ke ape, gua langgar je. Barang-barang tu sentiasa ada dalam kepala gua. Tapi gua mampu tahan nafsu gua setakat ni. Tak elok ikutkan nafsu + hati sangat. KEH!KEH!KEH!.

Kalau nak ikutkan saving, leh lepas duit hantaran. Tapi gua kena kumpul lebih. Pasca perkahwinan lagi penting. Bagi gua. Tapi kadang-kadang tak bagi perempuan. Buat aku pelik. Kawin grand-grand, cerai pasal tak cukup nafkah. Bini mintak beli susu semua, pijak perut bini mengandung. Memang celake!. Itu berita yang aku baca kat Harian Metro beberapa minggu lepas kot. Realiti. Tapi kadang-kadang aku tengok Metro ni macam gampang jugak. Overrated sangat.

When comes to monetary, every single cent counts tahu? Tapi kadang-kadang orang mana tahu. Janji lepas tekak sendiri. Semua self-centered. Apa peduli orang lain, janji sendiri bahagia. Damn!. Minggu lepas je angin satu badan gua bila orang tak bayar hutang gua. Ia menjejaskan cashflow gua ok? Biasanya gua dah estimate belanja gua tiap-tiap bulan. Confirm tak lebih, tapi biasa kurang. Datang sorang mamat ni (Supervisor kerja part-time gua), nak pinjam duit. Ade hal.

Gua macam biase, boleh tolong. Tapi promise is a promise. Biasanya gua akan bagi dia date sendiri nak bayar. Fine dia pilih time gaji. Sampai gaji, ade pulak masalah system. Gaji short. OK fine, gua dah rasa lain. Tapi gua boleh bagi dia masa lagi. Pasal gua fikir, dia ada family. Ambil masa sikit nak recover dia punya gaji tu yang HR bayar short.

Tapi tak sampai 3 minggu, gua dengar dia dah quit. Fuck! Nombor dia pun gua tak amik. Gua Tanya budak-budak, dia memang ramai pinjamkan duit untuk dia. Gua je dah rm100. Ade yang rm200. Ade yang rm150. Gua pissed off!. Sial!. Itu je kelemahan gua. Senang percaya orang, bagi sangat muka kat orang. Gua tak suka mintak-mintak. Gua lagi senang orang yang BERHUTANG tu tau apa yang dia perlu buat. Tapi kebanyakannya memang macam TAHI. Buat-buat bodo. Bila gua mintak cara baik, ade jer alasan. Pundek!.

Gua kira-kira balik, nak dekat rm600 jugak la orang pinjam gua. Kalau gua masuk ASB, dah dapat dividen. Ceh!. Apa yang gua kesalkan, kebanyakan sume ni jenis rapat dengan gua. Manusia-manusia. Derma masjid lagi berbaloi daripada bagi kat orang-orang macam ni. Let go jelah. Gua dah serik. Nak pinjam lagi? Two words, Fuck off!


p/s: Nampak dua patah perkataan kuning tu? Aku bukan tokey balak nak derma duit kat lu. Gua bukan dari family yang well to-do. Gua bukan Dato' Narcissus. LOL!.

Comments

Popular Posts