Dengar Bola
Zaman 90'an, fan memang fanatik giler dengan bola sepak. Awal 90'an pada gua adalah zaman kegemilangan bola sepak Malaysia sebelum jatuh merudum lepas tu. Sekarang ni, era Datuk K. Rajagobal, skuad Harimau Malaya naik balik untuk meniti zaman kegemilangan. Pada 90'an ketika tu, bola sepak Malaysia terkenal dengan era Semi Pro (1989-1994). Maknanya, belum pro lah. Tapi bila dah tukar status pro, jadi bangang plak masa tu.
Itu jam, pasukan favorit aku mestilah Johor FA. Anak watan Johor katakan. Ervin Boban, Abbas Saad, Elistair Edwards, Darren Stewart, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong, Sazali Nasir, Hassan Miskam antara nama-nama player yang gua ingat sampai sekarang. Itu jam, takde nyer nak beli-beli jersi team EPL sume. Gua beli jersi Johor. Logo Dunhill ada kat dada. Bangga tak ingat time tu.
Tapi memandangkan gua kecik lagi time tu, so gua tak boleh pergi stadium. Pergi stadium pun bila time sukan tahunan jer. KEH! KEH! KEH! Walaupun rumah gua dengan Stadium Larkin boleh dikatakan sekangkang kera jer jaraknya, tapi nak pergi memang jarang. Lagipun sape nak bawak gua kan? So, salah satu pilihan yang gua ada adalah dengar siaran langsung bola menerusi radio.
Dengar radio, semangat dia gua rasa sama macam dalam stadium. Sorakan penyokong, kalau mercun meletup memang boleh dengar dari rumah gua. Memandangkan skuad Johor ketika tu memang bukan calan-calang pasukan, so dengar pun boleh teruja. Tapi pada gua, ada satu jer benda yang gua annoyed dengan pengulas dia. Gua tak ingat Johor lawan ape. Tapi dia punya ulasan lebih kurang macam ni...
Hantaran cantik daripada Darren Stewart dari bawah. Terus kepada Azmil Azali di seberang sana. Meluru masuk. Tolakan baik kepada Rosdee Sulong. Rosdee Sulong bermain baik, menggelecek. Rosdee Sulong.......Goll....Goool...Gooool....Gooooooooooooooolllll.......Ahhhhhhh..sayang sekali, bola melambung tinggi....
Pundek! Itu jam gua dah fikir bola dah masuk jaring. Yang dok menjerit gol tak tentu hala tu kenapa? Lepas tu cakap bola lepas palang. Potong stim!.
Comments