Beli Barang Dalam Talian.

Barang spare-part Myvi berupa bracket side mirror sudah sampai ke rumah. Cuma tinggal cari kedai aksesori yang akan gua terjah untuk tukar bracket yang patah hari tu. Harga dia? Rm100. Berbaloi-baloi berbanding kalau gua tukar sendiri kat kedai aksesori yang bernilai rm3++. Kena cat lagi. 

Bermain dengan kereta ni nak kena pandai cari networking yang baik. Kena rajin tanya. Kena ringan mulut. Kalau buta-buta pergi ke pusat servis Perodua, tak nak rajin cari mana-mana kedai/individu jual spare-part kereta murah, memang korang kena ketuk abis. 


Cara gua, gua guna online dulu. Cari kat mudah.my. Kalau tanya kedai aksesori memang dia jual full set. Harga rabak giler! Solusinya, kena cari alternatif

Tapi kadang-kadang beli online ni pun ada risiko. Takut kena tipu. Pembelian semua atas kepercayaan terhadap si penjual. Tapi yang paling penting komunikasi antara lu dengan si penjual tu. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, baik tak payah teruskan. Boleh melayang duit, tapi barang tak dapat. Tapi setakat ni, gua tak tergolong lagi dalam kelompok insan-insan teraniaya ni. Alhamdulillah.  

Comments

Popular Posts