Melayu Singapore.

Dianggarkan lebih 2.1 juta rakyat Singapura (statistik 2009) akan masuk ke Malaysia sehari. Kebanyakannya macam biasa, shopping. Nak cuci kereta pun datang Malaysia. Pasal secara relatifnya matawang mereka tinggi, so diorang tak kisah kalau nak belanja setakat rm400-rm500 di hypermarket sekitar Johor Bahru.


Gua memang suka memerhatikan orang sekeliling. Berdasarkan pemerhatian gua, gua senaraikan beberapa ciri-ciri orang Melayu Singapore untuk dikenali. Gua cakap Melayu. Cina susah sikit. 

·         Berkereta dengan plat pangkal ‘S’
- Ini paling ketara, dan kebanyakannya kereta-kereta mewah. Plat diorang ni banyak skim. Paling popular warna merah. Pasal kereta Singapore plat merah adalah ‘kereta hujung minggu’. Kereta ni boleh keluar lepas pukul 7.00pm-7.00am, Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pasal tu Sabtu n Ahad bersepah kereta Singapore plat merah.

·         Secara kumpulan/keluarga
 - Biasanya diorang datang dengan bawak kaum. Daripada cucu kepada nenek angkut sekali dalam MPV. Kalau ujung minggu, pagi-pagi lagi dah masuk Malaysia, dan mereka akan singgah makan di mana-mana restoran. Lepas makan, nak shopping lettew?

·         Gaya percakapan
 - Gaya percakapan diorang lain sikit. Dialek. Tapi normally, diorang akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi kalau cakap dengan orang Malaysia, automatic dia akan guna bahasa Melayu. Diorang fikir orang Malaysia tak reti cakap omputih? ‘Kitorang’, ‘bilang’, ‘jangan nak bedek’, ‘ape’ bagi penghujung percakapan adalah bahasa-bahasa biasa bagi orang Singapore ni. Kita orang Singapore ape?

·         Pakaian/penampilan
- Makcik-makcik Singapore biasanya datang Malaysia dengan berjubah. Penampilan ni amat jarang bagi orang Malaysia. Budak-budak dia pun berbeza dengan kita. Gaya macam rappers wannabe. Kalau bertuah, dapat nampak Melayu bertatu. Dan kebanyakan daripada mereka adalah keturunan dari Indonesia. Orang boyan. Pasal tu Melayu Singapore ade ciri-ciri macam orang Indon sikit.

·         Gajet-gajet
- gajet adalah sinonim dengan budak Singapore. PSP, iPhone, iPod adalah benda paling selalu diorang bawak. Budak Malaysia? Jarang giler pasal diorang bukan apple fanboy. Sebab? Overpriced! LOL!

Comments

Popular Posts