Mission Accomplished.

Jumaat yang suwey bagi gua beberapa minggu lepas kini bertukar kepada Jumaat yang cool dan penuh rahmat. Secool hujan lebat ya ampun pagi-pagi tadi yang memaksa gua memakai baju hujan masa nak pegi keje. Selepas beberapa minggu tertangguh, masalah kereta gua usai sudah. Gua sudah mampu tersenyum. 

Jika sebelum ni, kalau gua bawak motor, mata asyik tengok side-mirror kereta orang (dalam kepala asyik fikir, bila side-mirror gua nak OK macam diorang), dan kalau bawak kereta pulak mata gua tak ralit asyik tengok side-mirror kiri. Bukan ape, takut jatuh side-mirror yang gua salotape jek! Kini, amalan-amalan pelik tu dah tak mengganggu gua. 

Terima kasih kepada kedai aksesori kat Kebun Teh. JANGAN pergi kedai aksesori Taman Putera, diorang bangang tak reti buat. Caj rm20 sahaja untuk betulkan side mirror gua. Total kos yang gua keluar hanya rm120. Berbanding full set untuk side mirror Myvi berharga rm200+. Itu tak masuk kos upah pasang+cat tahu?

 Kerja-kerja sedang dijalankan

Kereta kembali berseri. Tak de lah huduh side mirror tu dengan salotape. Celake! Untuk sesape nak beli bracket side-mirror, lu orang boleh contact Vishal. Gua saje promote. Tak de dapat komisen. Tapi serius, bracket tu bukan original. Tahu? Kata Cina pomen tu kalau original bracket tu ada campur aloi sikit. Bracket ni plastik, side-mirror ade goyang 'sikit'.

Comments

Popular Posts