Berakhir Cabaran #HarimauMalaya.

#HarimauMalaya menamatkan usaha untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki apabila terkandas di separuh akhir. Mereka tewas 0-2 kepada Thailand dalam perlawanan timbal balik di Stadium Supachalasai, Bangkok. 

Secara keseluruhan, Thailand sememangnya layak ke final untuk bertemu Singapura. Skuad Thailand mempamer permainan bertenaga, corak permainan lebih baik, serta hantaran kemas. Bahagian tengah Thailand memiliki playmaker Datsakorn Thonglao yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan #HarimauMalaya dengan lorongan-lorongan berbahaya kepada penggempur Teerasil Dangda.

Tiada kata-kata selain pujian aku harus beri kepada Theerasil ni. Pada aku dia penyerang terbaik SE Asia setakat ni. Malah Teerasil kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 5 gol. Hatrik ketika menang 4-0 ke atas Myanmar dan 2 gol menentang #HarimauMalaya

Apapun, rombakan perlu dilakukan #HarimauMalaya untuk kelayakan Piala Asia. Pemilihan pemain oleh Datuk Rajagobal seharusnya menjadi persoalan. Kapten Safiq Rahim, Amar Rohidan, dan Baddrol Bakhtiar tidak menunjukkan permainan seperti diharapkan. Safiq Rahim gagal untuk memotivasikan rakannya ketika berada dalam situasi tertekan. Pemain tengah yang menjadi fulkrum kepada pasukan gagal untuk menguasai permainan dengan hantaran baik. Malah aksi Safee Sali juga agak berkarat. Malah taktikal Rajagobal juga sudah boleh dibaca seperti didakwa oleh jurulatih Thailand, Winfried Schafer.  


Pemain-pemain yang bagus perlu dikekalkan. Aidil Zafuan Abd Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Kyril Muhaimeen, S. Kunanlan, Bunyamin Omar, serta Azamuddin Akil menunjukkan prestasi yang baik sepanjang kejohanan. 

Pujian menggunung juga seharusnya perlu diberikan kepada penjaga gol Farizal Marlias yang aku rasa dah sahkan statusnya sebagai penjaga gol no.1 negara. Apek boleh tumpu kepada persiapan perkahwinan. LOL. Bagaimanapun, pada aku masa depan #HarimauMalaya juga tampak cerah dengan kehadiran pemain berkualiti seperti Fadhli Shaas, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli. 
Teerasil Dangda
el kapitan Safiq Rahim #KepalaBana

p/s: Nak tukar coach pun elok jugak. Tapi FAM dah bagi KPI untuk kelayakan Piala Asia kepada King.

Comments

Popular Posts