Cool Macha.

Menjelang pertemuan penting #HarimauMalaya menentang Thailand 9 Disember ini, aku harap Datuk Rajagobal menurunkan kesebelasan terbaik dengan taktikal yang berkesan. Dengan ketiadaan Wan Zack Haikal & Shakir Shaari, aku harap Rajagobal bakal turunkan this cool macha! Gary Steven Robbat

Aku lagi prefer permainan Gary Robbat berbanding Amar Rohidan. Ketenangan Gary pada aku adalah kelebihan pemain berusia 20 tahun ni. Malah, hantaran Gary juga bagus selain fizikal yang ada padanya untuk menyerap asakan lawan ketika dia bermain defensive midfielder ketika menang ke atas Indonesia tempoh hari. Apa yang penting, dia berjaya melakukan terjahan-terjahan bersih untuk menghalang cubaan pemain Indonesia melancarkan serangan. 

Nama: Gary Steven Robbat
Posisi: Midfielder
No. Jersi: 15
Tinggi: 167cm
Berat: 70kg
Cap Kebangsaan: 2
Kelab: Harimau Muda A

Comments

Popular Posts