SAM.


Aku baru berkesempatan nak tengok filem SAM (Saya Amat Mencintaimu). Sebenarnya dah lama download, tapi baru sekarang tengok. Filem SAM merupakan filem arahan pertama anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof. Yang menariknya, Syafiq ni umur dia 18 tahun. Memang lucky bastard. 

Filem ni dibarisi pelakon-pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam (Sam), Lisa Surihani (Lisa), Syamsul Yusof (Jefri) & Azad Jasmi (Haikal). Sebenarnya tak ramai pengarah yang keluarkan filem genre thriller ni. Ala-ala novel Ramlee Awang Murshid gitu. 

Overall aku rasa cerita ni OK. Cukup rencah dia. Plot cerita menarik & kreatif, ditambah dengan barisan pelakon hebat, so dari segi penghayatan watak memang tiada masalah. Takde masalah lakonan kayu dalam filem ni. 

Macam IMDb gitu, aku nak kupas beberapa goofers (aku memang suka cari salah orang) dalam filem ni:-

  • Kenapa nama Neelofa dieja Nealofa dalam opening & ending filem?
  • 6 tahun kerja dari ofis boy hingga Marketing Manager. You gotta be kidding me right? Nonsense.
  • Akaun Facebook Lisa ada 72 friends je ke? Kalau nak ikut aktifnya akaun Lisa, aku rasa benda tu macam tak logik.
  • Agak janggal Zura (Neelofa) tanya pasal pergaduhan Haikal & Sam. Zura kan satu ofis?
  • Lebam kat mata kiri Sam hilang lepas dia mandi.
  • Sebelumnya Zura (Neelofa) cakap dapat tiket free, tapi masa malam konsert cakap beli plak.
  • Jefri tau berkenaan PV6, tapi kenapa tak inform pihak Polis. Kenapa nak bertindak sendiri?

Comments

Popular Posts