Istanbul Aku Datang.

Filem Istanbul Aku Datang aku rasa merupakan filem yang harus anda tonton jika anda mahu lari dari genre klise filem tempatan ketika ini. Filem arahan Bernard Chauly ni bergenre komedi romantik, bukan cerita seram, rempit mahupun gangster. 

Pada aku, filem santai ni memang enjoy untuk ditengok. Aku takda nak komplen sangat tentang plot cerita semua. Semuanya OK. Cuma sayang, Bernard Chauly sepatutnya tunjukkan lagi tempat-tempat menarik di Turki. Rasanya macam tak cukup. 

Pemilihan pelakon juga rasanya OK. Cuma aku rasa Tomok perlu brush up kan lagi mutu lakonan dia. Pemilihan Tomok jugak aku rasa macam janggal sikit. Tomok nampak lagi muda daripada Lisa Surihani. Chemistry dia dengan Lisa pun kureng. Maybe kalau Tomok digantikan dengan pelakon berusia sikit maybe lebih baik. 

Cuma aku puji lakonan mantap Beto Kusyairi. Beto berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Cool guy. Aku rasa korang takkan rasa rugi kalau tengok kat wayang cerita ni. :)

Comments

Popular Posts